Sunday, August 31, 2008

SALAM RAMADHAN AL- MUBARAK

Salam Ramadhan untuk semua pengedar dan pemimpin-pemimpin HPA dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Jadikanlah kedatangan Ramadhan pada kali ini untuk kita sama-sama meningkatkan lagi perjuangan bersama HPA. Tingkatkan usaha dan pengorbanan dalam memasarkan barangan HPA.

Di samping kita berjuang dan menikmati hasil yang lumayan, janganlah pula kita lupa kepada mereka yang memerlukan. Masih ramai lagi fakir miskin, anak-anak yatim dan insan-insan yang sering menanti bantuan dan pertolongan kita. Banyakkan amal dan sedekah dalam bulan yang mulia ini. Sesuai dengan dasar dan matlamat kita berjuang bersama HPA, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka.

Sebagai umat Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT, jadikanlah bulan yang mulia ini untuk kita sama-sama bekerja dengan lebih kuat dan gigih dalam memasarkan barangan halalan wa thoiyyiba HPA. Mudah-mudahan segala amal ibadat yang dilakukan dalam bulan ini mendapat redha dan rahmat daripada Allah SWT.

Pesan Jibril A.S kepada Rasulullah SAW ketika hadirnya Ramadhan, "Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan 3 golongan :

1. Mohonlah maaf daripada kedua-dua ibu bapamu,
2. Mohonlah maaf sesama suami isteri,
3. Mohonlah maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada di sekelilingmu"


Ends....

Saturday, August 30, 2008

KURSUS KEPIMPINAN GEN-5 KPU

Kelab Pemimpin Utara (KPU) mengambil inisiatif mengadakan Program Kepimpinan (PROPIN) Siri 1 untuk Generasi ke-5 (Gen5) pada 30 dan 31 Ogos 2008 di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan. Seramai 150 peserta dari Gen5 dan Gen4 telah hadir di dalam kursus tersebut.

Peserta-peserta sedang khusyuk menjawab soalan-soalan yang diberikan

Menurut Pengarah Program, PJS Mohd Zahir Ghazali, kursus ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai perkara-perkara asas berkaitan HPA seperti Latar Belakang Syarikat, Pelan Pemasaran dan Skil diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan. Peserta juga dilatih dengan solat berjamaah, qiyamullail, kuliah subuh, senaman taqwa dan juga senaman pernafasan.
Selain itu, PROPIN merupakan persediaan KPU bagi melahirkan barisan fasilitator PBC yang mantap untuk mengendalikan kursus PBC yang bakal dianjurkan secara lebih kerap dan banyak demi matlamat pencapaian jualan 20-100 juta.

Sebahagian peserta muslimat yang hadir

Selain itu, peserta juga diletakkan dalam kumpulan-kumpulan tertentu untuk membengkelkan setiap slot yang disampaikan. Dengan ini peserta akan dapat meningkatkan kemahiran mereka.

PJS Sharifah, PJS Normah dan PJS Hasnah juga turut hadir

Setiap peserta diuji dengan ujian bertulis. Mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan bagi setiap slot yang disampaikan. Ini bagi memantapkan penguasaan ilmu dan maklumat di kalangan pemimpin Gen5.

Sebahagian PJS Muslimin yang hadir

PJS Mohd Zahir Ghazali berharap agar semua peserta yang hadir akan menjadi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan HPA. Dengan ilmu yang dibekalkan, diharap mereka akan menggunakannya untuk mengembangkan jaringan dan menyampaian maklumat yang tepat kepada rangkaian masing-masing.

Peserta sedang menyanyikan nasyid 'Teman Sejati'

Pada kursus kali ini seramai tiga orang PJS menyampaikan slot masing-masing. Mereka ialah PJS Mohd Nadzri (Kenali Syarikat), PJS Ismail Othman (Pelan Pemasaran) dan PJS Sharifah Sulaiman (Diagnos Penyakit Melalui Tapak Tangan).

Ends....

Friday, August 29, 2008

HPA BUKA KEDAI DOBI

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) telah berjaya mengorak langkah ke hadapan dalam perjuangannya dengan mewujudkan satu lagi bentuk perniagaan iaitu kedai dobi. Majlis Perasmian Toharoh Dobi telah diadakan pada 27 Syaaban 1429, 29/8/08 (Jumaat) di Amanjaya Cempaka, Sungai Petani, Kedah.
Bangunan Kedai Toharoh Dobi tersergam indah

Perasmian yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dilakukan serentak dengan majlis pelancaran 2 produk kegunaan harian iaitu Cecair Pencuci Freesia dan Pelembut Fabrik Mawar. Cecair Pencuci Freesia merupakan pencuci pakaian dalam bentuk cecair - alternatif terbaik untuk mereka yang elergi dengan sabun serbuk terutamanya yang ada gangguan penafasan.

Pengarah Urusan bersama tetamu jemputan

Pelembut Fabrik Mawar satu-satunya produk wangian dan pelembut kain yang dikeluarkan oleh HPA berfungsi seperti pelembut kain softlan. Kedai Toharoh Dobi juga merupakan outlet HPA dalam memasarkan semua jenis detergen yang dipasarkan melalui sistem MLM. Ahli-ahli HPA boleh mendapatkan produk tersebut di sini dan juga di cawangan-cawangan HPA di seluruh negara.

Pengurus Kedai Toharoh Dobi sedang memberikan taklimat

Kejayaan HPA mewujudkan kedai dobi ini telah memberi peluang kepada masyarakat umumnya dan semua pengedar HPA khususnya untuk mendapatkan khidmat mencuci pakaian yang menggunakan bahan pencuci yang halal lagi baik. Sokongan dan dokongan padu daripada seluruh ahli HPA amat diperlukan bagi memastikan perniagaan ini terus maju dan berjaya sekaligus menguasai pasaran yang ada di negara ini.

Sebahagian PJS KPU yang hadir memeriahkan majlis

Ends...

Wednesday, August 27, 2008

PJS NOOR HYZAD

Keperitan hidup selepas berhenti kerja sebagai ‘ Tool and Die Maker’ di sebuah kilang tidak mematahkan semangat, malah menjadi pendorong utama PJS Noor Hyzad Kassim untuk terus berjuang bersama HPA.

Kilang tempat beliau bertugas terpaksa ditutup akibat kegawatan ekonomi. Pada waktu itu gajinya sebagai officer mejangkau RM3000 sebulan. Sudah cukup untukya menyara keluarga. Setiap hari beliau berulang alik dari Sungai Petani ke Pulau Pinang dengan menunggang motosikal. Hanya itu sahaja yang mampu dilakukan untuk memastikan isteri dan anak-anak ada makan minum di rumah.

Jiwa dan fikirannya menjadi buntu apabila kilang tempatnya bertugas ditutup. Hutang juga masih banyak pada waktu itu. Pinjaman perumahan dan kenderaan terpaksa dibayar. Anak-anak pula bersekolah. Sesuatu perlu difikirkan untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan keluarga.

PJS Noor Hyzad dan isterinya mengambil keputusan membuka perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual roti jalan dan nasi lemak di Bandar Sungai Petani. Pendapatannya hanyalah ala kadar sahaja. Tidaklah sebanyak mana seperti pendapatan semasa beliau bekerja dulu. Kerja sebagai penjual roti jala memaksanya bangun awal pagi untuk membuat persiapan.

Ketika menunaikan umrah bersama HPA Ilham Holidays APRIL 2008

Kadang-kadang bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak pada esok pagi perlu juga disediakan pada lewat malam. Tidur pun tak cukup. Sering juga hasil jualan tidak laku. Dapatlah dua tiga ringgit sepagi. Tak balik modal pun. Kadang-kadang ada juga hari yang jualannya habis. Apapun, tugas sebagai peniaga roti jala, pendapatannya tidak menentu. Cukup untuk membayar api dan air serta persekolahan anal-anak. Untuk berbelanja mewah jauh sekali. Namun apakan daya, hanya itu sahaja yang ada dan mampu dilakukan.

Bersama isteri di kaki Jabal Rahmah.

Orang yang mula-mula mengajak beliau untuk bersama HPA ialah PJS Mohd Zahir Ghazali. Namun pada peringkat awalnya beliau menolak pelawaan itu kerana masih bekerja dan gajinya juga agak lumayan. Beliau tidak nampak apa-apa kelebihan yang ada dalam HPA pada waktu itu.

PJS Ustaz Zahir kembali menemuinya untuk kali kedua setelah mengetahui beliau telah berhenti kerja. Ketika itu keyakinannya terhadap HPA tetap kekal seperti mula-mula dulu. Pada Disember 2005, beliau telah hadir ke Program Perkongsian Bijak (PB) yang kali pertama diadakan di Hotel Putera Palace, Kangar selama 3 hari 3 2 malam. Dari situ beliau mula nampak akan hala tuju dan perjuangan sebenar HPA. Namun apabila pulang ke Sungai Petani, beliau masih tidak mampu untuk menyakinkan rangkaiannya hadir ke Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).

Keyakinan dan kemantapan diri dengan ilmu HPA makin bertambah apabila beliau sering hadir ke Kelas Mingguan yang diadakan di Sungai Petani. Di situlah beliau mendapat suntikan dan semangat baru untuk meneruskan perjuangan bersama HPA. Jalan mudah untuk dicapai bersama HPA sekiranya cara dan tindakan yang betul dilakukan.

Kegigihan beliau mengadakan program home party, sering mengajak rakan ke kelas mingguan dan menghantar peserta ke PBC menyebabkan rangkaian PJS Noor Hyzad makin berkembang. Jaringannya makin besar dan aktif. Beliau berupaya bertindak sebagai pemimpin yang sering menjadi rujukan kepada rangkaiannya.

Alhamdulillah dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan, PJS Noor Hyzad berjaya menikamati pendapatan berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan pekerjaannya dahulu sebagai officer kilang walaupun baru 3 tahun bersama HPA. Apatah lagi jauh berbeza jika dibandingkan dengan hasil sebagai penjual roti jalan secara kecil-kecilan. PJS Noor Hyzad dianugerahkan Pengarah Jati Setia (PJS) oleh HPA pada Februari 2008. Anugerah itu memberikannya semangat yang lebih tinggi lagi untuk terus berjuang dan berkorban dalam usaha memartabatkan produk halal HPA.

Ends……

PJS BENTENG KEKUATAN HPA

Pengarah Jati Setia (PJS) merupakan benteng pertahanan yang kuat dalam memacu dan memartabatkan HPA untuk terus berkembang bukan sahaja dalam negara malah hingga ke peringkat antarabangsa. PJS adalah skuad elit yang diwujudkan dalam HPA. Mereka bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju pasaran dan memperjuangkan produk-produk halal HPA. PJS adalah pemimpin yang menjadi contoh kepada seluruh pengedar dan aset yang menjadi kebanggaan HPA.

Sebahagian daripada PJS yang hadir

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dalam satu perjumpaan khas dengan 80 PJS dari seluruh negara yang diadakan di HPA Cawangan Sungai Petani, hari ini. Sebagai pemasar terbaik, PJS perlu memainankan peranan dengan lebih aktif dan sistematik. PJS perlu bergerak dalam sebuah organisasi melalui kelab masing-masing dengan penuh kejujuran, setiakawan dalam semangat ukhuwah dan berjamaah.

PJS Ustaz Zahir sedang mengendalikan bengkel

Pengarah Urusan juga mengingatkan semua PJS bahawa semakin besar perniagaan HPA, maka ancamannya juga semakin besar. Ini kerana HPA bukanlah sebuah syarikat yang meletakkan kepentingan individu sebagai keutamaan, malah HPA lahir sebagai wadah memperjuangkan ekonomi ummah. Dalam usianya mencapai 11 tahun dalam MLM, cabaran dan ujian silih berganti. Namun HPA tetap teguh dan utuh malah terus bergerak ke hadapan dengan sokongan pengedar dan kesetiaan para PJS. Beliau amat yakin bahawa suatu hari nanti HPA mampu menjadi wadah perjuangan umat Islam seluruh dunia dalam perjuangan memartabatkan produk halal.

Sebahagian daripada PJS Muslimat

Beliau menasihatkan agar semua kelab yang didokong oleh PJS mengikut zon perlu diperkemas. Ini termasuklah pengurusan dan pentadbiran organisasi, pengurusan kewangan dan akaun dan pengurusan latihan dan kepimpinan. PJS perlu mewujudkan suasana yang harmoni dan ukhuwah demi perpaduan dan keutuhan.

PJS Ust Zahir, PJS Ust Ramizu dan PJS Cikgu Nadzri sedang menjamu selera

PJS juga diingatkan agar memberi keutamaan kepada produk-produk keluaran HPA daripada kepentingan produk-produk lain. Ini kerana HPA lahir atas dasar perjuangan. Semua PJS diberi amaran agar menghubungi HPA sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang datang untuk melatakkan barangan mereka di stokis dan cawangan HPA. Produk-produk yang dijual secara ‘tumpang’ dengan kejayaan HPA adalah atas dasar persaingan dan kepentingan peribadi, bukannya untuk kepentingan ummah.

PJS Muslimat juga menikmati jamuan yang disediakan

Oleh yang demikian, semua PJS yang telah ‘menerima’ produk tersebut dikehendaki memulangkannya dengan kadar segera kepada ‘pembekal’ tersebut.

Dalam perjumpaan tersebut, Pengarah Urusan memaklumkan bahwa harga produk HPA akan dikekalkan pada harga sekarang tanpa sebarang kenaikan walau pun berlaku kenaikan harga minyak dan harga bahan mentah sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ends……

Sunday, August 24, 2008

KoWahida Merintis Kecemerlangan

Faisol Abd Rahman
(Pengerusi KoWahida)

Koperasi Wahida HPA Berhad (KoWahida) akan diberi peluang untuk menguruskan beberapa outlet Radix Fried Chicken (Rfc) menjelang 2009. Ini ditegaskan oleh Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-2 KoWahida yang diadakan baru-baru ini di HPA Cawangan Kajang.

Oleh itu Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang baru dilantik bagi sesi 2008/2009 perlu memikirkan strategi dan lokasi yang sesuai untuk mewujudkan Rfc. Permintaan dan sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat Islam di Negara ini memberi jaminan KoWahida mampu mencatat keuntungan berlipat ganda.

Selain itu, KoWahida juga akan memfokuskan pelaburannya dalam bidang pertanian dan industri asas tani. Ia akan menjadi pembekal utama bahan-bahan mentah yang akan digunakan oleh HPA sebagai barang siap dalam menghasilkan produk-produk perniagaannya. ALP akan mengenal pasti jenis dan bentuk tanaman dan penternakan yang akan dijalankan. Ia juga bergantung kepada permintaan dan juga tahap-tahap kemahiran dan permintaan dari pengguna.

Menjelang 2009, KoWahida akan mempunyai bangunan pejabatnya sendiri. Kakitangan pengurusan yang terlatih dan professional juga akan diambil bertugas. Bagi memudahkan pengurusan pengangkutan dan penghantaran bahan mentah, KoWahida juga merancang untuk membeli kenderaan sendiri.

Sebagai pelabur utama dalam produk Kopi Radix, KoWahida juga akan melebarkan perniagaannya dalam Takaful Am, khususnya memperbaharui cukai jalan kenderaan bermotor. KoWahida akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan dua syarikat takaful dalam usaha merealisasikan perniagaan ini. Dijangka keuntungan besar akan diperoleh menerusi pelaburan ini.

Dalam mesyuarat tersebut 15 ALP telah dipilih oleh perwakilan untuk menguruskan perjalanan KoWahida bagi sesi 2008/2009. Mereka ialah Mohd Faisol Abdul Rahman (Pengerusi), PJS Murad Abu Bakar (Timbalan Pengerusi), PJS Azizan Ahmad (Setiausaha), Mohd Rosli Abu Bakar - GM Akaun (Bendahari), PJS Ismail Othman, Zamri Othman (Staf HPA), PJS Khalid Iskhri, Nor Bee Ramli (Staf HPA), PJS Ramly Ahmad, Rashidah Abd Rahim (GM M.I.S), PJS Siti Zawiyah Abd Rahman, PJS Hafidzan Faudzi, Fisal Ahmad Tajuddin, Zaharah Yusoff dan Abdul Ghani Hussain (GM R&D).

Ends...


Saturday, August 23, 2008

KOPERASI HPA BERI DIVIDEN 10%

Mesyuarat Agung Pewakilan Kali ke 2 Koperasi Wahida HPA Berhad (KoWahida) yang diadakan dengan jayanya hari ini telah mencatat jumlah keuntungan bersih RM342,864,19 dan pembahagian dividen sebanyak 10% kepada ahli-ahlinya.

Ucapan perasmian oleh Pengarah Urusan HPA

Ahli-ahli akan menerima dividen tersebut tidak lama lagi. Ia merupakan satu sejarah dalam perjuangan KoWahida. Dividen yang akan dibayar nanti adalah pelaburan sehingga 30 Jun 2007. Keuntungan terkumpul yang dibawa ke hadapan RM29,201.18 (selepas tolak pembahagian berkanun dan dividen).

Sebahagian ALP khusyuk mendengar amanat Pengarah Urusan

Tahniah kepada semua Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KoWahida yang mula menunjukan prestasi yang membanggakan. Bagi merealisasikan objektif ini, KoWahida akan mengambil pekerja-pekerja tetap bagi menguruskan hal-hal pentadbiran termasuk persiapan pejabat pentadbiran dan kenderaan.

Sebahagian perwakilan yang hadir

Perwakilan juga telah bersetuju agar projek-projek tersebut dilaksanakan pada tahun 2009.

1. Pembekalan bahan mentah kopi Radix.
2. Takaful Am
3. Peniagaan yang melibatkan pertanian (tanaman untuk ternakan)
4. Radix Fried Chicken (RFC).

Ends....

Lensa eKPU