Saturday, August 30, 2008

KURSUS KEPIMPINAN GEN-5 KPU

Kelab Pemimpin Utara (KPU) mengambil inisiatif mengadakan Program Kepimpinan (PROPIN) Siri 1 untuk Generasi ke-5 (Gen5) pada 30 dan 31 Ogos 2008 di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan. Seramai 150 peserta dari Gen5 dan Gen4 telah hadir di dalam kursus tersebut.

Peserta-peserta sedang khusyuk menjawab soalan-soalan yang diberikan

Menurut Pengarah Program, PJS Mohd Zahir Ghazali, kursus ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai perkara-perkara asas berkaitan HPA seperti Latar Belakang Syarikat, Pelan Pemasaran dan Skil diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan. Peserta juga dilatih dengan solat berjamaah, qiyamullail, kuliah subuh, senaman taqwa dan juga senaman pernafasan.
Selain itu, PROPIN merupakan persediaan KPU bagi melahirkan barisan fasilitator PBC yang mantap untuk mengendalikan kursus PBC yang bakal dianjurkan secara lebih kerap dan banyak demi matlamat pencapaian jualan 20-100 juta.

Sebahagian peserta muslimat yang hadir

Selain itu, peserta juga diletakkan dalam kumpulan-kumpulan tertentu untuk membengkelkan setiap slot yang disampaikan. Dengan ini peserta akan dapat meningkatkan kemahiran mereka.

PJS Sharifah, PJS Normah dan PJS Hasnah juga turut hadir

Setiap peserta diuji dengan ujian bertulis. Mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan bagi setiap slot yang disampaikan. Ini bagi memantapkan penguasaan ilmu dan maklumat di kalangan pemimpin Gen5.

Sebahagian PJS Muslimin yang hadir

PJS Mohd Zahir Ghazali berharap agar semua peserta yang hadir akan menjadi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan HPA. Dengan ilmu yang dibekalkan, diharap mereka akan menggunakannya untuk mengembangkan jaringan dan menyampaian maklumat yang tepat kepada rangkaian masing-masing.

Peserta sedang menyanyikan nasyid 'Teman Sejati'

Pada kursus kali ini seramai tiga orang PJS menyampaikan slot masing-masing. Mereka ialah PJS Mohd Nadzri (Kenali Syarikat), PJS Ismail Othman (Pelan Pemasaran) dan PJS Sharifah Sulaiman (Diagnos Penyakit Melalui Tapak Tangan).

Ends....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU