Monday, November 16, 2009

PEMIMPIN KPU TUNAI HAJI DI TANAH SUCI





Beberapa orang pemimpin HPA dari Kelab Pemimpin Utara kini berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan rukun Islam yang ke-5, iaitu mengerjakan ibadat haji.

Mereka ialah PJS Azizan Ahmad (Presiden KPU), PJS Cikgu Abd Razak Hussain, PJS Zaharah Mat Zain, PJ Kak Umi (isteri Cikgu Razak) dan PJE Mohd Azudin Abdullah (Kulim).

Selamat menunaikan ibadah haji, Semoga sihat walafiat dan kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur....amin..

GM HPA DI RADIO PERLIS FM

Besok Selasa (17 Nov 2009), jam 12.10 Tengah Hari, GM akan berkumandang lagi di Radio Perlis 102.9. Jangan lupa untuk sama-sama mendengarnya. Banyak info terkini akan diutarakan.

Ends....

Sunday, November 15, 2009

MEMBINA USAHAWAN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI

Program Pembangunan Usahawan dan Hub Halal Kolej Komuniti bersama HPA

Catatan Oleh : PJS Jamaludin Yeop Majlis

Alhamdulillah, HPA adalah antara syarikat yang terpilih untuk mengisi program yang diatur oleh Sektor Pengurusan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk melatih pelajar-pelajarnya menjadi usahawan bersama HPA, khususnya dalam membangunkan produk halal.

Untuk tahun ini 5 Kolej Komuniti telah dipilih untuk program Pembangunan Usahawan Peruncitan Hub Halal bersama HPA. Kolej Komuniti yang terpilih pada tahun ini ialah:

1. Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka
2. Kolej Komuniti Kuantan Pahang
3. Kolej Komuniti Arau Perlis
4. Kolej Komuniti Pasir Gudang Johor.
5. Kolej Komuniti Tawau Sabah.

Program selama 4 hari 3 malam ini telah diamanahkan pengendaliannya oleh pihak syarikat HPA kepada PJS Azizan Ahmad (Presiden KPU). Saya mengambil peluang ini dengan menawarkan diri untuk turut serta dalam pengendalian dan pengisian program. Alhamdulillah saya diterima oleh Presiden KPU untuk mengendalikan program ini di Pasir Gudang Johor pada minggu ini (12 - 15 Nov) dan di Tawau Sabah minggu depan (19 - 22 Nov).

Lain-lain pemimpin HPA yang bersama saya sekarang ini di Kolej Komuniti Pasir Gudang ialah PJS Aseri Mohd Hanafiah dari Pulau Pinang, PJS Jamaliah Omar dari Sg Petani, PJS Asniah bt Badri dari Pulau Pinang, PJS Noriah bt Husin dari Pendang Kedah, PJE Mohd Shafarul Nizam dari Bangi Selangor dan PJ Us. Shukri bin Omar dari Pendang Kedah.

Ends.....sumber dari blog PJS Jamaludin Yeop Majlis.

CADANGAN TARIKH INSENTIF KONVEK 2009

Tarikh Insentif Pelancongan

1. 29 JAN - 02 FEB 2010 : JAKARTA PUNCAK BANDUNG
2. 20 MAR - 03 APR 2010: UMRAH(GROUP1)
3. 13 MAR - 18 MAR 2010 : SPAIN
4. 03 JUN - 17 JUN 2010 : UMRAH(GROUP2)
5. 25 APR - 30 APR 2010 : BEIJING
6. 25 APR - 30 APR 2010 : AUSTRALIA

Sumber : blog GM HPA

Ends.....

TAKLIMAT KOPERASI WAHIDA DI KLUANG JOHOR

Roadshow KOWAHIDA ke Selatan

Berita baik buat semua anggota KOWAHIDA di zon Selatan. Koperasi akan mengadakan roadshow ke zon Selatan. Bagi semua anggota yang tinggal di negeri Johor dan sekitarnya dijemput untuk hadir bagi mendengar taklimat berkenaan KOWAHIDA nanti. Semua ahli HPA yang belum mendaftar sebagai anggota koperasi juga di jemput bagi mendapat kefahaman tentang koperasi.



Maklumat adalah seperti berikut:



Tarikh: 23 November 2009M / 06 Zulhijah 1430H

Masa: 9.00 mlm – 11.00 ml

Tempat: Dewan Nuruddin Fahmi,

No 54 Jalan Ciku,

86000 Kluang, Johor



Ends.......

Thursday, November 12, 2009

CRC PASIR GUDANG ANJUR KURSUS PEMANTAPAN

Scrapblog,Scrapblog,Scrapblog,Scrapbook,Scrapbook,Scrapbook,Pink Royale,Pink Royale,Pink Royale

Pendaftaran dibuka sekarang!!!. Dapatkan ilmu perawatan dan mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan dari Pakar Perawatan PJM Pn Sharifah Sulaiman dan keterangan terperinci mengenai MLM Syariah dari Panel MLM Syariah HPA, Prof Madya Dr Ishak Sulaiman.

Pyzam Glitter Text Maker

Anda berhak untuk menjadi yang terhebat. Ambil peluang untuk meningkatkan efikasi diri melalui ilmu dan perawatan.


Tentatif program

8:30 – 9:00 pagi:PENDAFTARAN

9:00 – 10:30 pagi : MODUL 1
Diagnos saraf tapak tangan dan produk oleh: PJM Sharifah Sulaiman

10:30 – 10:50 pagi - REHAT

10:50 – 12:45 tgh - SAMBUNGAN MODUL 1

12:45 – 2:15 ptg - REHAT/MAKAN/SOLAT

2:15 – 4:15 ptg - MODUL 2
Perincian MLM Syariah HPA oleh:Prof Madya Dr Ishak Sulaiman

4:15 – 4:30 ptg - sesi soal jawab

4:30 – 5:00 ptg - Cabutan bertuah, jamuan & bersurai..

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran sila hubungi Puan Rahmah 017- 7449892 atau email terus ke umurahmah@yahoo.com.my atau terus ke PJS Syed Ageel 013- 4882778 atau ageel_haddad@yahoo.com.

HULURKAN SUMBANGAN UNTUK UBATI DERITA SAHABAT

Mungkin ada yang sudah menerima khabar ini dan mungkin juga ada yang belum. Muhammad Kamal Ismail adalah staff saya di bahagian pemasaran. Musibah yang tidak di jangka menimpa anak perempuan beliau Najihah (5 tahun) yang kini terlantar di Hospital Besar, Kangar akibat pendarahan otak dah hampir sebulan.

Baru-baru ini Najihah telah menjalani pembedahan di bahagian tengkorak kepala bagi membuang pendarahan beku. Namun masih belum berhasil dan akan di pindahkan ke Hospital Besar Penang dalam waktu terdekat.

Hulurkan sumbangan sebagai tanda simpati dan mohon doakan kesejahteraan mereka.

Kelihatan Muhamad Kamal sedang mendukung anaknya, Najihah semasa Pelancaran Plan Pemasaran Baru HPA di Hotel KL International pada tahun 2005.

Sumbangan boleh di online terus ke akaun beliau
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KANGAR
09 010 02 0116634
MUHAMAD KAMAL ISMAIL

Kepada semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA, sama-sama kita Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban.. semoga adik Najihah akan beroleh kesembuhan InsyaAllah..

Ends....

Lensa eKPU