Salam Kepada Agen Stok Malaysia
Saya masih mendapati beberapa agen stok yang gagal mematuhi secara berterusan tanpa mengendahkan surat peringatan yang dikeluarkan oleh HQ. Kelewatan menghantar dokumen akan menjejaskan proses bonus para pengedar seluruh negara.
Sehubungan dengan ini mana-mana agen stok yang menghantar lewat dari tarikh yang ditetapkan pihak HQ akan mengenakan tindakan dengan tidak membayar bonus agen stok.
Adalah diharapkan para agen stok sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MIS bagi memastikan perjalanan MIS berjalan lancar.
Ends............Info dari Blog GM HPA
http://gmalwahida.blogspot.com
Wednesday, April 15, 2009
Monday, April 13, 2009
PENDEDAHAN ISU HALAL HARAM : SYED AGEEL WAKILI HPA
PJS Syed Ageel telah mewakili HPA dan KPU ke Program Pendedahan Isu Halal dan Haram Dari Aspek Makanan dan Penggunaan yang diadakan pada 12 APRIL 2009 di Masjid Bukit Indah, Ampang Selangor.

Program anjuran Jawatankuasa Masjid itu turut dihadiri sama oleh Haji Zainal Abidin Jaafar (Pengurus Besar Bahagian Audit & Pensijilan HDC - Halal Industry Development Corporation) dan 150 peserta lain. Selain HPA, Syarikat G-Shah Corporation juga turut hadir.

Hadir sama ialah Haji Shaharudin (Pengarah G-Shah Corporation) dan beberapa pemimpin syarikat itu. Antaranya Saudara Rasidi Jamri dan Sabedah Haji Jamat.
Program ini adalah hasil kerjasama dan cetusan idea daripada imam satu masjid tersebut, Ustaz Mohamad Ariff Abdullah. Beliau juga merupakan tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Darul Quran (DQ), Kuala Kubu Baru. Turut sama membantu ialah seorang pemimpin HPA di kawasan Ampang iaitu Saudara Shamsudin Haji Ishak.
Menurut Ustaz Mohamad Arif, masjid tersebut telah dijadikan pusat tumpuan barangan halal HPA. Sambutan dari anak-anak kariah setempat amat menggalakkan. Beliau menyeru seluruh penduduk Islam di kawasan itu agar sama-sama menggunakan barangan HPA dan jadikan HPA wadah perjuangan umat Islam.
Ends...

Suasana majlis penerangan HPA di Masjid Bukit Indah, Ampang

Saturday, April 11, 2009
KPU ANJUR PBC DI LIMA LOKASI SERENTAK
Kelab Pemimpin Utara (KPU) mengambil langkah drastik dengan menganjurkan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) secara serentak di lima lokasi di Zon Utara pada 11 dan 12 APRIL 2009.
Lima lokasi itu ialah di Kulim Inn, Seri Malaysia Taiping, SP Inn Sg Petani, Naza Hotel Pulau Pinang dan BUkit jawi Resort, Bukit Mertajam. Menurut Presiden KPU, PJS Azizan Ahmd, penganjuran ini bertujuan untuk merealisasikan impian HPA dan PJS serta semua pengedar ke arah pencapaian jualan RM15 juta sebulan pada Mei ini.
Oleh itu, langkah drastik dan gerak kerja tersusun perlu dilakukan segera bagi mengerakkan rangkaian dan menjana momentum baru ke arah pencapaian tersebut. Pada April ini sahaja, KPU mensasarkan 20 PBC dapat dilaksanakan dan menganggarkan 1500 pemimpin baru dapat dilahirkan.
Ends....

Wednesday, April 8, 2009
KURSUS INTENSIF BEKAM DI ALOR SETAR
Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan menganjurkan Kursus Intensif Bekam selama sehari yang akan diadakan pada 10.4.09. mula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Agensi HPA Cawangan Tandop.
Bayaran dikenakan sebanyak RM200 termasuk bahan kursus dan alat bekam kualiti terbaik Teori dan praktical. Maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi 0134233699 Nurzatil Ismah Azizan.
Ends...
Monday, April 6, 2009
KPU TEMBUSI HOTEL NAZA DI GURUN KEDAH
Kegigihan PJS Mohd Aseri Hanapiah dan beberapa PJS lain akhirnya membuahkan kejayaan apabila buat julung-julung kalinya KPU berjaya menganjurkan PBC di Hotel NAZA pada 3 dan 4 April 2009 yang lalu.

Peserta sedang membentangkan bengkel LDK

Fasilitator sedang mengendalikan bengkel LDK

PJS Sabri Ahmad sedang menyampaikan slot dengan penuh semangat

Peserta-peserta sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan
Beberapa PJS KPU telah menyampaikan slot PBC kepada 50 peserta yang hadir. Antaranya PJS Sabri Ahmad (Slot Kenali Syarikat HPA), PJS Mohd Aseri Hanapiah (Plan Pemasaran), PJS Syed Ageel (Slot Gerak Kerja 6M), PJS Zaharah Mat Zain (Saraf Tapak Tangan), PJS Ustza Mohd Zaidi (Slot Produk Pilihan) dan PJS Syed Salahuddin (Slot Halal dan Haram).

PJS Ustaz Zaidi sedang menyampaikan slot
Hadir sama membantu ialah PJS Asniah bt Badri, Pemimpin-pemimpin kawasan Yan: PJE Nor Zaimi b.Che Me, PJ Noraini bt Salleh, PJ Rohaya bt Bakar, PJ Zahar, PR Shahadat b Mohamed. PJE Arifin bin Hanapiah (Pendang) PJ Mohd Elias Bin Ibrahim (Sg. Petani).
Ends....
Saturday, April 4, 2009
HPA CAWANGAN KEPALA BATAS TERUS CEMERLANG
Hujan lebat tidak menghalang semangat PJS KPU dan pengedar serta ahli-ahli HPA untuk hadir dalam Perjumpaan Mingguan di HPA Kelapa Batas pada setiap Jumaat malam.

Tenaga Penggerak HPA Cawangan Kepala Batas

Pengedar yang hadir membanjiri Dewan HPA Cawangan Kepala Batas
Dalam perjumpaan yang diadakan baru-baru ini, hampir 80 pengedar hadir. Kebanyakannya adalah bekas peserta PBC dan ahli-ahli baru sekitar Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Penceramah pada malam itu ialah PJS Syed Ageel dan isterinya PJS Suhaiza Ramli yang menyampaikan slot perawatan diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan.

Dua pengedar sedang menceritakan pengalaman mereka menggunakan produk HPA

PJS Suhaiza Ramli sedang menyampaikan Slot Perawatan
Sambutan yang menggalakkan ini merupakan petanda baik kepada kebangkitan HPA di Pulau Pinang, khususnya di daerah Seberang Perai Utara.
Ends...
Friday, April 3, 2009
INFO TERKINI KONVEK DARI GM HPA
SALAM SEMUA WARGA HPA
Tiket Konvek akan di edarkan dalam waktu terdekat. Harga tiket konvek RM 50.00( termasuk tempat duduk dan lunch buffet). Satu tiket sah untuk seorang sahaja.Kanak-kanak tidak dibenarkan hadir kerana dari pengalaman kami ia akan mengganggu suasana.
Sila dapatkan tiket selepas tarikh 15hb Apr ini pada PJS setempat.
Ends.....info dari blog GM HPA
Subscribe to:
Posts (Atom)