Saturday, April 4, 2009

HPA CAWANGAN KEPALA BATAS TERUS CEMERLANG

Hujan lebat tidak menghalang semangat PJS KPU dan pengedar serta ahli-ahli HPA untuk hadir dalam Perjumpaan Mingguan di HPA Kelapa Batas pada setiap Jumaat malam.

Tenaga Penggerak HPA Cawangan Kepala Batas


Pengedar yang hadir membanjiri Dewan HPA Cawangan Kepala Batas

Dalam perjumpaan yang diadakan baru-baru ini, hampir 80 pengedar hadir. Kebanyakannya adalah bekas peserta PBC dan ahli-ahli baru sekitar Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Penceramah pada malam itu ialah PJS Syed Ageel dan isterinya PJS Suhaiza Ramli yang menyampaikan slot perawatan diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan.

Dua pengedar sedang menceritakan pengalaman mereka menggunakan produk HPA

PJS Suhaiza Ramli sedang menyampaikan Slot Perawatan


Sambutan yang menggalakkan ini merupakan petanda baik kepada kebangkitan HPA di Pulau Pinang, khususnya di daerah Seberang Perai Utara.
  
Ends...
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU