Saturday, June 12, 2010

BERJUANG DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN KOTA

Sebut sahaja nama Pak Bahador, boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat Sungai Petani mengenalinya. Gerai makan yang didirikan hampir 30 tahun yang lalu sering menjadi tempat berhimpuan anak-anak muda dan juga jamaah Masjid Abdul Rahman Sg Petani apabila selesai menunaikan solat Isyak.


Kini, bakat dan perjuangan dalam dunia perniagaan diteruskan oleh anaknya NORZABIDI BAHADOR. Beliau sanggup meninggalkan perniagaan gerai makan yang dibina oleh bapanya dengan menceburkan diri sepenuh masa sebagai usahawan HPA. Anak muda berusia 43 tahun ini kini adalah STOKIS DAERAH HPA dengan menyewa sebuah kedai di tengah-tengah bandar Sungai Petani. Kedai yang terletak di belakang Stesen Teksi itu sering dikunjungi oleh para ahli dan juga Stokis HPA untuk mendapatkan barangan keperluan harian.


Semangat tinggi, berani, tegas dan berprinsip mempertahankan perniagaan HPA menjadikan NORZABIDI sentiasa tabah menerima kritikan, ugutan dan juga sindiran daripada pesaing-pesaing dalam perniagaan ini. Kepada ahli dan pengedar yang hendak mendapatkan produk HPA, bolehlah mengunjungi kedainya yang juga berdekatan dengan Gerai Makanan Pak Bahador Bin Ismail....

Kepada pengedar dan ahli HPA bolehlah berkunjung ke PUSAT STOKIS DAERAH yang dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam di alamat N0.28 GERAI MPSPK, STESYEN TEKSI, JALAN PETRI, SG PETANI KEDAH atau talian 017-5908322/012-4562352.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU