Saturday, May 1, 2010

Medan EM & Alam Semulajadi

Setiap hari secara umumnya kita (pengedar HPA) menikmati kemudahan asas dengan baik sejak bermula daripada bangun tidur, hinggalah bertemu semula dengan tilam yang empuk pada malam harinya. Jarang sekali kita terkeluar dari 'Zon Selesa' ini kerana mungkin pada anggapan kita suasana itu akan terus kekal selagimana kita mampu membiayai kesemuanya. Jadi apalah salahnya sekali sekala kita mengajar diri untuk merasai persekitaran yang hanya dilengkapi kemudahan yang paling minima dan membina ketahanan diri yang mantap melalui aktiviti rekreasi luar.

Tambahan pula, Tuan Haji Ismail pernah memberi tips untuk menyeimbangkan semula Medan Elektromagnet, kita perlu kembali mendampingi alam semulajadi sama ada ke sungai atau laut, memasuki rimba dan mendaki bukit atau gunung. Mudah-mudahan perjalanan kita keluar daripada kemodenan akan merawat pelbagai penyakit fizikal, mental, emosi dan yang lebih penting adalah spiritual yang kian membebankan kita.


Radix Adventure Team akan menganjurkan aktiviti rekreasi untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan hobi ini. Lengkap dengan modul asas yang pastinya akan menambah ilmu serta pengalaman para peserta. Antara yang menarik adalah teori dan praktikal sembelihan binatang menurut syarak oleh Pegawai KAGAT dan asas komunikasi radio amatur (HAM) oleh pakar yang berpengalaman (9m2). Jangan lepaskan peluang ini. Dapatkan info lanjut dan buat pendaftaran di sini :



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU