Wednesday, October 14, 2009

KPU KINI BERGERAK SECARA KOLEKTIF

Kelab Pemimpin Utara (KPU) memulakan dimensi baru dalam meneruskn perjuangannya bersama HPA. Dalam Perjumpaan PJS KPU yang berlangsung pada 13 OKTOBER 2009, jam 8.30 malam di RFC Sungai Petani, beberapa keputusan bersama telah dicapai, antaranya:


1. Mewujudkan Pusat Komuniti mengikut Zon. Sebanyak 10 Zon Komuniti diwujudkan dan setiap Jawatankuasa Tribunal menjadi Penasihatnya.

2. Memberi mandat kepada Jawatankuasa Tribunal untuk mencadangkan kepada HPA agar lebih memberi fokus kepada pembangunan dan penambaikan produk-produk MLM. Ini kerana produk-produk tersebut merupakan nadi utama dan sumber pendapatan kepada semua pengedar HPA yang menjadi usahawan, khususnya yang berniaga secara sepenuh masa.

3. Meningkatkan peranan, kualiti dan karisma pemimpin agar lebih diyakini dan diteladani oleh ahli-ahli.

Seramai 60 PJS KPU hadir. Dengan cara dan kaedah pengurusan yang baru ini, diharap semua PJS KPU dapat memanfaatkan sepenuhnya bakat, kebolehan dan idea yang ada bagi membangunkan zon masing-masing. Di samping itu, kaedah ini diharap mampu meningkat prestasi jualan dengan syarat produk yang dihasilkan cukup untuk dipasarkan.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU