Ramadhan datang dan pergi. Saban tahun kita menanti kehadirannya dan kita sambut dengan penuh rasa gembira kerana hadirnya penuh dengan rahmat dan keberkatan. Namun dalam saat kita bekerja dan berniaga denga hasil puluhan ribu ringgit sebulan, masih ada insa yang hidupnya serba daif dan serba kekurangan. Makannya hanya sekali sehari sahaja. Itu pun bukan beras atau nasi yang dimakan. Cuma ubi keledek sekadar mengalas perut bagi meneruskan kehidupan.
Inilah yang dialami oleh Puan Noriza Binti Arshad yang tinggal di No.46, Lorong 2, Taman Seri Impian (hadapan Institut Perguruan Sultan Abdul Halim), Jalan Kuala Ketil, Sg Petani Kedah. Ibu kepada 11 orang anak ini menyara kehidupan dengan mengambil upah sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah di sini. Namun pendapatannya untuk Ramadhan ini tiada kerana kantin sekolah ditutup.
Suaminya pula kurang sihat dan hanya mampu bekerja mengambil upah menanam ubi keledek di tanah milik rakannya di Batu 2. Anak sulungnya berusia 17 tahun dan yang lain-lainnya 5 orang masih bersekolah. Ada yang masih kecil seusia 5 tahun. Melihat kepada keadaan rumahnya yang serba daif, sudah pastilah suasana Hari Raya pada kali ini tidak mendatangkan apa-apa makna baginya sekeluarga. Hendak makan pun tidak cukup dan tidak mampu, apatah lagi untuk membeli baju raya bagi anak-anaknya. Makan pun kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Itupun makan cuma sehari sekali sahaja.
Atas dasar tanggungjawab bersama, membantu kepada yang memerlukan, maka pihak PJS KPU yang diwakili PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Ismail Othman hadir bagi menyampaikan sumbangan makanan dan wang ringgit bagi meringankan keluarga tersebut.
Kepada mana-mana pemimpin KPU yang berhasrat membantu dan menghulurkan sumbangan, bolehlah terus datang ke alamat tersebut dan melihat sendiri keadaan yang ada. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Kalau tidak kita siapa? Kalau tidak sekarang, bila? Inilah masanya untuk kita buktikan apa yang dikata.
Ends....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.