Sunday, March 8, 2009

SEMINAR MLMS : SATU KESEDARAN TERBUKA

Asal peniagaan hukumnya harus,apa yang mengharamkanya ialah pelaksanaan peniagaan tersebut.Mengharamkan sesuatu yang halal atau menghalalkan sesuatu yang haram bukan daripada ajaran Islam lantaran itu pengukuran sesuatu perkara baru mestilah dikembalikan kepada institusi ulamak yang punya autoriti.

Jika anda seorang ulamak yang mencari kebenaran dalam keluasan ilmu fikh Islam datanglah kemajlis ini kerana anda akan bersama-sama 11 orang ulamak yang akan memutuskan peniagaan HPA samada menjadi MLM konvensional ataupun MLM Syariah.

JIka Insuran diharamkan dalam Islam maka Takaful pula dibenarkan.Insuran dan Takaful adalah peniagaan yang sama iaitu memberikan perlindungan kepada setiap ahli yang membuat caruman.Apakah bezanya yang satu dibolehkan dan yang satu lagi diharamkan?

Anda berasa bertuah kerana dapat mengikuti seminar terbuka ini yang akan dihaziri oleh pelbagai pIhak termasuk JAKIM,UIA,peniaga MLM selain HPA,ahli-ahli dan bukan ahli HPA dan lain-lain lagi.Sebuah buku MLMS akan di edarkan sebagai garis rujukan perbincangan peniagaan ini.

Usaha yang lanjut akan diteruskan oleh Institut Teknologi HPA dalam kursus yang ditawarkan "Pengurusan Peniagaan MLMS".Hasil pendidikan inilah akan melahirkan para dai MLM bukanya peniaga yang lupa matlamat peniagan sebenar dan bergelut dalam peniagaan dunia yang tidak berkesudahan.

Nota: Seminar dan Pelancaran MLMS akan berlangsung di Dewan Besar Lembaga Tabung haji, Menara Tabung Haji, Jln Tun Razak KL, pada 9hb March 2009 jam 8.00 pgi hingga 4.00 petang dirasmikan oleh PU serta pembentangan kerja kertas MLMS oleh panel Syariah

Ends.....sumber blog PU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU