Saturday, October 25, 2008

PERKEMBANGAN HPA DI TAIPING MEMBERANGSANGKAN

Taiping merupakan lokasi awal diterokai oleh pemimpin-pemimpin HPA dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Sekitar tahun 2000, di Taiping dan Kamunting sahaja mempunyai ahli hampir 3000 orang. Kepimpinan HPA pada peringkat awalnya diterajui oleh Saudara Bakri Jamaludin, seorang Pengarah di sebuah agensi kerajaan di Taiping. Beliau merupakan pemimpin yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam bidang herba.

Sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Darul Taa'lim, yang terletak di Sungai Limau, Batu Kurau dibina atas sebahagian sumbangan keringat beliau. Ketika itu HPA hadir sebagai pemangkin dalam membantu dana sekolah tersebut melalui pembinaan jaringan yang mantap. Pada masa itu juga lahir beberapa pemimpin lain yang hebat di Batu Kurau. Antaranya Ustaz Rosle, Puan Naqibah No'ma dan Cikgu Ridzuan. Mereka sering hadir dalam pelbagai program HPA dan menjadi pemimpin yang disegani.

Setelah Saudara Bakri ditukarkan ke Johor atas sebab-sebab 'teknikal' dengan Kerajaan Negeri, perjalanan HPA mulai malap. Pemimpin-pemimpin yang ada pada masa itu seperti kehilangan punca dan arah tujuan. Di pekan Kamunting sendiri, Saudara Razali Kassim yang pada awalnya bergerak pantas dan cergas, juga makin lama makin hilang di dalam program HPA.

Menjelang 2005, PJS Cikgu Mohd Nadzri dan PJS Cikgu Ismail kembali bertapak di pekan Kamunting. Kehadiran mereka adalah atas jemputan Ustaz Mohd Yusfee, ahli HPA di bawah rangkaian PJS Cikgu Nadzri yang baru pulang dari Sabah.

Ustaz Mohd Yusfee, secara perlahan mula memperkenal dan menggerakkan HPA di sekitar pekan Batu Kurau dan Kamunting. Beliau telah menjemput PJS Cikgu Ismail dan PJS Cikgu Nadzri untuk memberi taklimat HPA di Restoran Kamunting Timur. Jemputan dibuat hampir 100 orang. Namun yang hadir hanya 3 orang sahaja. Kedua-dua PJS ini berceramah seperti biasa walau pun yang mendengarnya hanya 3 orang sahaja.

Setiap minggu Ustaz Mohd Yusfee bersama kedua-dua PJS ini mengadakan program perjumpaan mingguan di restoran tersebut. Makin lama makin ramai yang hadir. Ahli-ahli lama mula dapat mengesan bahawa HPA kembali menjelma di Kamunting. Ramai yang mula hadir ke restoran tersebut. Saudara Razali Kassim yang telah lama 'mati' dengan HPA muncul secara tiba-tiba bersama rangkaiannya yang lama. Begitu juga dengan Puan Haridah Khanun yang menyepi sekian lama muncul kembali bersama beberapa sahabat lama yang pernah berjuang bersamanya dulu.

Kini HPA berjaya menghidupkan semula cawangannya di Pekan Kamunting. Jualan bulanannnya mencecah hampir RM200 ribu. Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap minggu pada hari Isnin, jam 8.30 malam. Program yang dirancang oleh Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mendapat sambutan yang luar biasa. Tiap-tiap minggu PJS dari KPU silih berganti menyampaikan ceramah di cawangan tersebut.

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) juga diadakan pada setiap bulan. PJS Cikgu Nadzri, PJS Cikgu Ismail dan PJS Cikgu Normah Zainol dipertanggungjawab mengurus dan mengendalikan PBC yang diadakan di Hotel Seri Malaysia dan Taiping Golf Resort.

Alhamdulillah, kini HPA di Taiping berjaya melahirkan beberapa pemimpin berpangkat Pengarah Jati. Antaranya PJE Haridah Khanun, PJ Mohd Yusfee, PJE Azizah Hamzah, PJ Hindon dan PJ Nabishah. Mereka adalah pemimpin yang dijenamakan semula sebagai tenaga penggerak utama bagi memastikan HPA terus cemerlang dan gemilang di Perak Utara.

Ends........

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU