Itulah antara cebisan kata-kata yang terlontar dari mulut PJS Mohd Ramizu, anak muda dari negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim yang memulakan bicara apabila diajukan soalan mengenai penglibatannya bersama HPA.
Ketika belajar di Universiti Al-Azhar Mesir sekitar tahun 1998, rombongan HPA yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Haji Ismail Ahmad dan dipimpin oleh PJS Mohd Zahir Ghazali singgah di kolej kediaman mereka. Satu sesi taklimat mengenai produk-produk halal dan hala tuju perjuangan diberikan kepada sejumlah hampir 200 penuntut-penuntut Malaysia di sana. PJS Mohd Ramizu adalah salah seorang pendengarnya pada waktu itu.
Setelah pulang ke tanah air, minatnya untuk berdagang dengan HPA tidaklah mendalam sangat. Cukup setakat membeli produk-produk untuk kegunaan harian sahaja. Sekadar yang perlu, tetapi tidak selalu. Soal mahu berniaga jauh sekali. PJS Mohd Zahir kerap menghubungi beliau agar teruskan perjuangan dengan HPA dengan cara membina rangkaian dan jaringan. Tapi kurang diberi perhatian.
Diberi amanah mempengerusikan Mesyuarat Agung KoWahida Kali Ke-2
Rupa-rupanya terselit di celah hatinya akan sedikit keraguan tentang sistem pemasaran MLM yang diperkenalkan oleh HPA. Beliau tidak berminat dengan MLM kerana baginya apa jua bentuk MLM semuanya sama sahaja. Yang menjadi ahli terlebih dahulu pasti akan mengaut banyak keuntungan. Yang terkemudian pastinya akan menjadi ‘korban’ dan bekerja kuat untuk mengkayakan penajanya. Yang berbeza cuma taukeh dan produknya sahaja.
Begitu tersasarnya jangkaan dan jangkauan pemahaman PJS Mohd Ramizu mengenai MLM. Beliau lebih berminat kepada bidang perawatan kerana baginya bidang ini menjadikannya seorang insan yang dapat membantu orang lain dalam kesusahan.
PJS Mohd Zahir kerap turun ke Kota Bharu dan bertemu dengan sahabat-sahabat lama sepengajian di Mesir dulu. Salah seorang sahabat yang sering dikunjunginya ialah PJS Mohd Ramizu. Hasil perbincangan, penerangan melalui kelas-kelas mingguan dan perbualan dengan sahabat-sahabat, akhirnya minat untuk terus berniaga HPA secara MLM hadir dengan sendirinya. Kegigihan PJS Mohd Zahir dijadikan batu asas baginya untuk meneruskan perjuangannya bersama HPA.
Bersama barisan PJS dalam Mini Konvek Utara 2005 di Sungai Petani
Akhirnya PJS Mohd Ramizu mula memahami bentuk sebenar sistem pemasaran MLM HPA. Terlalu jauh bezanya dengan apa yang didengarnya selama ini daripada syarikat-syarikat MLM yang lain. Kejayaan dalam HPA hanya kepada sesiapa yang bekerja dan berusaha walaupun baru menjadi ahli. Awal atau lama menjadi ahli jika tidak disertakan perancangan dan usaha, pastinya tidak akan membuahkan apa-apa hasil dan kejayaan.
Bermula dengan kefahaman dan ditambah dengan semangat juang yang tinggi atas nama ISLAM, PJS Mohd Ramizu mula mengorak langkah membina jaringan dan rangkaian. Beliau bertemu dengan sahabat-sahabat lama dan mengumpul rakan-rakan usrahnya untuk memberi penerangan mengenai produk, pemasaran dan perjuangan HPA.
Beliau berjaya membuka stokis, kemudiannya Pusat Jualan HPA di Pasir Pekan. Perjumpaan mingguan dan kelas-kelas latihan sering diadakan oleh rangkaiannya. Hasilnya makin lama jaringannya makin berkembang dan bergerak aktif. Kepimpinannya terserlah apabila beliau berjaya melahirkan beberapa orang pemimpin yang hebat di Pantai Timur, antaranya PJS Cikgu Romli dan PJS Ustaz Jamalauddin.
Sebagai seorang bapa kepada 6 orang anak dari seorang isteri dan bertugas pula sebagai Pensyarah Jabatan Syariah di Kolej Islam Sultan Ismail Petra, PJS Mohd Ramizu tidak pernah menjadikan kesibukannya sebagai pensyarah dan bapa kepada anak yang ramai serta masih kecil sebagai penghalang kepada usaha gigihnya berjuang dengan HPA. Awal pagi sudah berada di kolej dan lewat petang pulang ke rumah. Namun dalam masa terluang 2 atau 3 jam sehari digunakan untuk menghubungi sahabat-sahabat dan bertanya khabar kepada rangkaiannya.
Maklumat mengenai syarikat, program-program HPA dan sebarang bentuk aktiviti yang HPA anjurkan pasti akan sampai kepada rangkaiannya.Pernah satu ketika, PJS Mohd Ramizu menganjurkan kelas mingguan. Waktu itu masih lagi di awal pembabitannya bersama HPA setelah pulang dari Mesir sekitar tahun 2000. Beliau bertugas sebagai penceramah pada malam itu. Malangnya tidak ada seorang pun pengedar dan ahli baru yang datang mendengar. Hanya beliau seorang sahaja menunggu dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam. Namun peristiwa itu tidak melemahkan semangatnya. Baginya ia permulaan yang baik kerana masih ramai lagi masyarakat Pantai Timur belum mengenali HPA. Pasarannya sangat luas.
Sepanjang pembabitannya bersama HPA, PJS Mohd Ramizu telah dianugerahkan beberapa anugerah oleh HPA. Antaranya Pemimpin Berwawasan pada tahun 2003 dan Pengarah Jati Setia (PJS) pada tahun 2004. Dengan kesabaran, semangat dan kegigihan yang ditunjukkan, alhamdulillah PJS Mohd Ramizu tersenarai antara PJS yang meraih pendapatan 5 angka sebulan bersama HPA. Hidupnya kini lebih ceria, bahagia dan sejahtera bersama keluarga tercinta.
Ends.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.