Monday, July 28, 2008

PJS Muzafar Aliyasak


PENGORBANAN ANAK MUDA DALAM MENGGAPAI IMPIAN

Apabila beliau menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai QA Eksekutif di Sumitomo Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat semiconductor milik Jepun, pelbagai pandangan peribadi dilemparkan kepada beliau. Ramai rakan-rakannya menganggap tindakan itu sebagai bodoh dan tergesa-gesa. Tidak kurang pula yang ketawa dan senyum sinis. Perlian sudah menjadi perkara biasa baginya. Mereka menganggap keputusannya untuk berhenti kerja dan bergabung dengan HPA sebagai tindakan yang amat merugikan. Ramai rakan-rakannya beranggapan bahawa syarikat Melayu pastinya tidak bertahan lama. Akhirnya ramai akan merana dan kecewa berpanjangan. Namun semua itu tidak diendahkan oleh PJS Mudzafar. Baginya HPA adalah wadah perjuangan umat Islam. Biar apa jua rintangan yang datang, jiwa dan raganya akan tetap bersama HPA.
Baginya, HPA perlu diketengahkan kepada seluruh masyarakat Islam di negara ini.


Pada peringkat awal, keluarganya sendiri meragui akan keputusan anak muda ini. Usianya baru sahaja melewati 30an sudah punya keyakinan tinggi untuk meninggalkan pekerjaan bergaji lumayan. Mana tidaknya, lulusan Biotech dari USM ini menjadi harapan dan kebanggaan keluarga. Namun tekad dan azam yang amat tinggi terpahat disanubarinya. Tanggal Januari 2008, PJS Mudzafar Aliyasak meninggalkan jawatannya dan bergerak sepenuh masa sebagai usahawan HPA.

Beliau mula menganggotai HPA sebagai pengedar biasa (PB) tanggal Februari 2005. Ketika itu HPA sedang mengorak langkah maju ke hadapan dengan pelbagai produk di pasaran. Kegigihan dan semangat waja yang ditunjukkan oleh beliau sebenarnya adalah atas dorongan isteri tercinta, PJS Siti Norwanda. Seperti PJS yang lain, Mudzafar juga terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan dalam perjalanannya bersama HPA. Bagi ahli-ahli HPA di Pulau Pinang, nama PJS Mudzafar memang cukup dikenali. Seorang usahawan muslim yang cukup rajin mengambil bahagian dalam home party, program-program mingguan, ekspo perniagaan dan jualan produk muslim di Pulau Pinang. Di mana sahaja ada pameran dan ekspo, PJS Mudzafar pasti ada. Beliau sanggup berdiri berjam-jam di bawah pancaran terik matahari semata-mata untuk mengedarkan pamplet dan memperomosi barangan HPA kepada pengunjung yang hadir.

Pernah suatu hari ketika beliau mengendali dan mengurus program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) di Masjid Seberang Jaya, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Beliau hanya membuat jemputan sekitar 100 orang sahaja berpadanan dengan dewan yang disewa. Tiba-tiba yang hadir hampir 300 orang. Peserta terpaksa duduk di merata-rata tempat dan beasak-asak semata-mata hendak mendengar penerangan dari Pengarah Urusan HPA. Beliau hampir panik dengan keadaan dan suasana yang berlaku. Tetapi, Alhamdulillah majlis tersebut telah berakhir dengan sempurna.

Saat manis yang tidak dapat dilupakan ialah apabila beliau terpilih bersama Top 50 PJS Malaysia mengadakan lawatan ke Jakarta Indonesia. Beliau tidak menyangka namanya juga tersenarai dalam 50 PJS terbaik Malaysia pada tahun 2007. Itulah kali pertama dalam sejarah hidupnya beliau menjejakkan kaki ke bumi Indonesia. Banyak kenangan dan pengalaman baru yang diperoleh di sana. Semuanya akan dijadikan pedoman dan panduan dalam hidupnya bagi memartabatkan lagi perniagaan halal bersama HPA.

Baginya perasaan malu, segan dan sifat hipokrit perlu dibuang dan dilempar jauh-jauh kerana ia hanya akan merugikan diri sendiri. Sebenarnya sifat-sifat sebeginilah yang menjadi penghalang bagi seseorang usahawan itu untuk berjaya.

Atas semangat dan kegigihan beliau, HPA telah menganugerahkan kepadanya pangkat Pengarah Jati Setia (PJS) pada bulan Mei 2007. Alhamdulillah, pendapatannya kini mencecah 5 angka. Terbukti sudah, beliau mampu memadamkan segala ketawa dan senyum sinis rakan-rakannya dulu hanya dalam masa beberapa bulan sahaja berdagang dengan HPA. Kini beliau boleh tersenyum panjang dan menarik nafas lega dengan pendapatan berlipat kali ganda dari pekerjaan dan jawatan asalnya dulu sebagai QA Eksekutif.


Ends......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU