Sunday, January 3, 2010

SHEIKH HUSSAIN : GEMPUR HPA DENGAN KERETA JENAZAH

Nama Mohamad Hussain Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan SHEIKH HUSSAIN sudah tidak asing lagi sekitar bandar Kulim. Anak kelahiran Kg Keladi Kulim ini sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Melayu di sini. Sheikh Hussin sering berpakaian jubah dengan sigai tok arab di kepala. Kadang-kadang beliau sering guna bahasa Melayu yang diarabkan.

Disebalik berjubah dan berserban ala arab, Sheikh Hussain sebenarnya merupakan ahli HPA yang cukup aktif. Beliau menjadi stokis di Taman Senangin, Kelang Lama, Kulim. Kelibatnya sering nampak di kelas-kelas Mingguan dan PBC dengan membawa Kereta Jenazah.




Beliau ke sana ke mari berdagang HPA dengan memandu kereta jenazah. Ini kerana Sheikh Hussain sebelum ini adalah seorang penceramah yang mahir dalam hal-hal menguruskan jenazah. Beliau sering mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah sejak 36 tahun lalu. Di dalam van beliau penuh dengan kain kapan, kapur barus, daun bidara, kapas, palung mandi mayat dan papan keranda. Selain itu produk-produk HPA diletakkan dalam kotak bersama-sama kelengkapan jenazah tersebut.


Ketika ditanya punca beliau bersama HPA, Sheikh Hussain memberitahu bahawa beliau aktif HPA berpunca daripada sakit batu karang di pundi-pundi kencingnya. Pelbagai rawatan dilakukan. Akhirnya beliau bertemu dengan MALAC dan alhamdulillah batu karang tersebut hancur menjadi debu dan keluar bersama air kencing. Kalau dulu setiap mayat yang dimandikannya menggunakan Sabun Cap Kapak, sekarang Sheikh Hussain sudah bertukar kepada SABUN CLAY HPA.



Dalam usianya 61 tahun, Sheikh Hussain masih aktif memberi kursus Pengurusan Jenazah dan aktif dengan HPA. Beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai Pembantu Makmal di sekolah (23 tahun), Jabatan Kimia (6 tahun) dan Pusat Atom Negara (2 Tahun).  
Kepada sesiapa yang berhajat menjemput beliau untuk Kursus Pengurusan Jenazah, bolehlah menghubunginya di talian019-4121370.

Ends...





GEMPUR INSENTIF "TA'AWUN" 2010 DI KULIM

Kelab Pemimpin Utara (KPU) meneruskan GEMPUR INSENTIF KONVEK 2010 di HPA Cawangan Kulim. Seramai 50 pemimpin dan ahli hadir. Taklimat disampaikan oleh PJS Ismail Othman dan PJS Mohd Nadzri Ahmad. Hadir sama PJS Noormah Zainol, PJS Siham Mohd Hashim dan PJS Ustaz Zamri.



Saturday, January 2, 2010

JADUAL PBC JANUARI 2010 SELURUH NEGARA

08-09 JAN 2010

1. Hotel Barron Langkawi : RM160 : PJS Zaki 012-3994574

2. Darul Aman Suite, Jitra Kedah : RM180 : PJ Us. Yusof 019-5260745

3. Pendang Lake Resort Pendang Kedah : PJ Abdul Rahman 013-4889133

4. Agro Resort Setiu Terengganu : RM150 : PJS Cikgu Abdul Rahman 013-9316612 @ PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis 013-9221158


09-10 JAN 2010

  1. Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka : RM 150 : PJS Fauziah (013 6317154)
  2. Ayer Keroh Country Resort, Melaka : RM 150 : PJS Habibah (019 6685083/ En. Hasan:017 6814626)
  3. Hotel Allson Kelana, Nilai : RM 170 : PJS Habibah (019 6685083)
  4. Hotel Sri Malaysia, Ipoh Perak : RM 150 : PJS Khalilah (019 4288416)/ PJ Cg Sani- 013 6641872)
  5. Hotel Sri Malaysia Kulim : RM180 : PJ Adzhari 013-4306899
  6. Anisari Resort Parit Buntar : RM160 : PJS Helmi 017-4063473

16-17 JAN 2010

  1. Hotel Residence, Uniten, Bangi : RM 180 : PJS Fatin (013 3962550)
  2. Pst. Belia Antarabangsa, Bdr T. Razak : RM 150 : PJS Cg. Murad (012 3033230)
  3. Hotel Sri Malaysia Kepala Batas : RM160 : PJS Zanbli 019-4104013
  4. Hotel Royal Palm Lahad Datu Sabah : Hubungi Zai 013-8835488 @ Dink 016-8041420

23-24 JAN 2010

  1. Kem Bina Taqwa, Banting : RM 150 : PJS Ust. Asri (019 3789747)
  2. Hotel D’Ark, Senawang : RM 150 : PJS Rogayah (019 6504849)
  3. Hay Resort Sabak Bernam : RM 150 : PJS Hj. Marjuni (019 3835008)
  4. Masjid AlGhufran, TTDI : RM 150 : PJS Jamaluddin YM (013 9812655)
  5. Hotel Herritage, Ipoh : RM 150 : PJS Jamaluddin MN (019 5746428)
  6. Gunung Ledang Resort, Tangkak : RM 170 : PJS Rosjulila (013 6820068)
  7. Hotel Sri Malaysia Taiping : RM180 : PJS Irwan 019-4410611
  8. TS Hotel Scientex Pasir Gudang Johor: RM160 : PJ Rahmah 017-7449892
  9. Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah: PJM Hafidzan Faudzi 013-2082550

30-31 JAN 2010

  1. Hotel Sri Impian Jasin, Melaka : RM 150 : PJS Zahirah (013 6137313)
  2. ANNEX RESTHOUSE Kuantan Pahang : RM150 : PJM Jaffar 019-9102655
  3. Resort Telok Tempoyak, Balik Pulau : RM180 : PJS Abdul Jalil 019-5417794

GM HPA LANCAR GEN-7 KPU

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Mohd Faisol Abd Rahman telah merasmikan pelancaran Generasi 7 (GEN-7) KPU di Hotel Sungai Petani Inn pada 01 JAN 2010, jam 8.30 malam.


Seramai 500 GEN-7 telah dinobatkan. Mereka merupakan penggempur HPA i Zon Utara. Dalam ucapannya GM mengingatkan semua yang hadir akan jangan jadikan isu dan perkara remeh temeh sebagai kekangan dan halangan dalam meneruskan perjuangan HPA. Pengedar perlu ikhlas dan tahu arah tuju serta matlamat HPA. Mereka perlu belajar dan mencontohi pejuang-pejuang lama HPA yang bangkit dengan penuh kepayahan dan kedaifan bagi memastikan HPA menjadi kuat dan tersohor bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh nusantara.


Hadir sama ialah PJS Haji Azizan Ahmad dan 58 PJS dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Semua peserta GEN-7 diberikan sijil pengiktirafan dan diwajibkan mengikuti Kursus Kepimpinan yang akan diadakan pada 23 JANUARI 2010 di Hotel Sungai Petani Inn. Program Kepimpinan tersebut bakal disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad.





Tuesday, December 29, 2009

DAFTAR FORUM eKPU

Pendaftaran terbuka kepada semua ahli dan pengedar HPA untuk sama-sama di dalam Forum KPU...Sila layari FORUM eKPU

Wednesday, December 23, 2009

PEMIMPIN KPU BERSAMA USTAZ AMALUDDIN

Pada 13 Disember 2009 ( Jumaat ) malam, seramai 3 orang pemimpin dari KPU Taiping iaitu PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Shahril Tahir dan PJ Mohd.. Yusfee Yusof telah memulakan perjalanan ke Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor untuk menggempur Stokis Saujana Utama iaitu rangkaian PJ Mohd. Irwan Azahari.

Pada 14 Disember 2009 ( Sabtu ), satu program telah diadakan di Stokis HPA Saujana Utama yang dimiliki oleh En. Rahim Bin Sujak. Semasa program tersebut sedang berjalan, dengan tidak disangka - sangka, seorang penyanyi nasyid terkenal yang juga kawan baik kepada Allahyarham Ustaz Asri, telah hadir pada program tersebut. Beliau adalah Ustaz Amaluddin Bin Mohd. Napiah. Beliau adalah seorang artis nasyid solo, penulis lirik dan komposer, penerbit album, pengarang, penulis dan juga penceramah motivasi rohaniah. Beliau juga adalah Pengarah Urusan Jom Amal Ent., Ahli Lembaga Pengarah Muazzin Production Sdn.. Bhd. dan Pengerusi KAFA Raudhatul Amal.

Beliau telah datang bersama - sama dengan ahli keluarga beliau untuk mendapatkan rawatan saraf tapak tangan daripada PJ Mohd. Shahril. Kami amat berbangga dapat bertemu dengan Ustaz Amaluddin yang menjadi idola dalam industri nasyid tanahair.

STOKIS HPA SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH, SELANGOR

PJ USTAZ IRWAN SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH

PJ SHAHRIL SEDANG MERAWAT USTAZ AMAL

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA USTAZ AMAL DAN KELUARGA

PJ SHAHRIL DAN PJ IRWAN PEMINAT USTAZ AMAL

BERSAMA STOKIS SAUJANA UTAMA, EN. RAHIM SUJAK DAN ISTERI

Tuesday, December 22, 2009

PBC KELANA JAYA CETUS SEMANGAT BARU

Gabungan mantap Pemimpin dari KPU dan KPA menjadikan PBC di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya benar-benar bermakna. PBC yang berlangsung pada 19-21 Disember 2009 itu disempurnakan perasmiannyua oleh Pengurus Besar Al-Wahida, Encik Mohd Faisol Abd Rahman.

Seramai 78 peserta hadir. Antara pemimpin yang hadir menyampaikan slot ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad,PJS Noormah Zainol, PJS Ismail Othman, PJS Zanbli Abd Rashid, PJS Siti Habibah Yusof dan PJS Rosmandi Ishak. Pengarah PBC ialah PJS Syed Ageel Syed Mahayadin. Turut hadir membantu PBC tersebut ialah PJS Muzlina, PJ Nailulmuna, PHJS Zainudin Abdul, PJ Rahmah Rahmat, PJ Ustaza Yusfee Yusof, PJ Ustaz Irwan dan PJ Shahril dari Sabah.

Turut membantu ialah PJ Ustaz Tarmizi dan beberapa pemimpin sekitar Subang dan Tanjung Malim. PBC pada kali ini disertai oleh pelbagai golongan. Kebanyakannya adalah kakitangan awam yang berkhidmat di UPSI dan pejabat-pejabat kerajaan sekitar Kuala Lumpur. Hadir sama beberapa pelajar dari Kolej Insaniah dan Universiti tempatan.



Lensa eKPU