Monday, January 12, 2009

PBC KULIM LAHIRKAN PEMIMPIN BARU

PBC Kulim telah diadakan pada 10~11 Januari 2009 bertempat di Hotel Sri Malaysia Kulim. Kurang lebih 30 orang peserta menghadiri program PBC ini.


Sebahagian peserta PBC


Pengarah PBC pada kali ini ialah PJS Cikgu Zainuddin Abdul dan dibantu beberapa pemimpin serta fasilitator.


Antara pemimpin dan fasilitator yang hadir


Kehadiran PJS Ustaz Zahir Ghazali untuk memenuhi modul bersama pemimpin memberi anjakan yang begitu hebat kepada semua peserta dan akan menjadi wadah perjuangan kepada semua peserta PBC dan para pemimpin KPU Kulim.


Ends..

KPU MELEBARKAN JARINGAN KE SABAH

Kelab Pemimpin Utara (KPU) melebarkan sayapnya ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah dalam rangka mempromosi dan mengembangkan jaringan HPA di sana. Tiga orang wakil KPU telah hadir untuk mengendalikan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di MM Hotel Tawau yang berlangsung pada 10 dan 11 Januari 2009 yang lalu. Mereka ialah PJS Azizan Ahmad, PJS Syed Ageel dan PJS Salahudin Ramely

Seramai 20 peserta hadir. Ini merupakan petanda awal bahawa HPA bakal berkembang dan bertapak di negeri tersebut. Ia adalah permulaan yang baik kerana peserta yang hadir merupakan bakal pemimpin yang akan mewarnai HPA di Sabah. Salah seorang yang berjaya di sana adalah Saudara PJ Ady Shahabudin.

PJS KPU bersama sebahagian peserta PBC Tawau


Peserta yang ditemui melahirkan rasa syukur dan berjanji untuk memperjuangkan HPA di bumi Sabah. Mereka akan bergerak dan terus memperjuangkan HPA bagi memastikan setiap rumah umat Islam di sana akan mendapat produk halal lagi baik.

Tahniah kepada PJS Azizan Ahmad, PJS Syed Ageel dan PJS Salehudin Ramley atas usaha yang dilakukan. Teruskan perjuangan walau di mana sahaja kita berada.


Ends....

Saturday, January 10, 2009

KEMPEN BOIKOT BARANGAN YAHUDI

SETAKAT ini, masuk minggu kedua tahun baru 2009/1430, lebih 900 orang Islam – termasuk kanak-kanak dan warga emas – di bumi Palestin telah terkorban dibelasah dengan kejam oleh Yahudi. Dengan peluru berpandu, roket, bom dan peluru senapang Israel terus meletup mencari sasaran, jumlah nyawa Islam yang akan dikorbankan pasti akan meningkat.Berada jauh beribu kilometer, tanpa senjata – usahkan bom atau peluru berpandu, parang kontot pun kita tidak ada! – apa yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara seagama kita di sana? Apakah kita rela darah saudara kita melimpah setiap hari dikerjakan kafir musibat itu?

Percayalah, sekiranya kita bersatu, kita boleh menyertai peperangan ini, walaupun tanpa sebarang senjata. Kita boleh membantu rakyat Palestin – sekurang-kurangnya secara moral dan semangat – tanpa menggunakan walaupun sebutir peluru.Boikot barang Amerika! Ini sumbangan kita, dan kita boleh lakukan sekarang. Selalu ingatkan ini di dalam hati kita dan anak-anak kita: Setiap kali kita membeli produk atau perkhidmatan Amerika, kita sebenarnya memberi keuntungan (duit) kepada syarikat-syarikat gergasi negara Bush/Obama itu. Duit itulah yang digunakan membeli senjata canggih Israel untuk membunuh warga Palestin.Boikot?

Tentu sekali tidak semudah yang dikata atau ditulis. Hakikatnya ialah sejak sekian lama hidup seharian kita – khasnya orang KL – telah diwarnai oleh produk dan perkhidmatan Amerika. Tubuh kita, darah kita sudah terbiasa dengan jenama negara besar itu.Sekiranya kita ambil barang Amerika sahaja pun sebahagian besar tubuh kita – juga perut kita – sudah terasa lain. Sebab rambut kita dicuci oleh syampu jenama negara Bush nyaris kena kasut itu, demikian juga gigi, perut, pinggang, kaki, hatta kuku kita semua sudah terbiasa dengan produk negara penyokong kuat Yahudi itu.Itu baru Amerika.

Belilah barangan halal buatan Malaysia


Sekiranya kita memboikot juga produk negara-negara geng ‘gedebe’ Amerika, Britain dan Perancis umpamanya, lagi banyak yang kita rasa tubuh kita tidak selesa. Tidak sahaja kepala dan kaki, seluruh tubuh kita, termasuk bahagian dan sudut paling sulit, semuanya telah mesra dengan produk-produk keluaran kafir itu. Maaf cakap, sesetengah kita berasa tidak selesa sekiranya tidak memakai seluar dalam buatan Amerika atau British, cehhh!Sebenarnya minda kita yang tidak selesa, sebab sudah terlalu terbiasa sehingga terikat dengan gaya dan selera orang putih.


Sebahagian barangan keluaran Yahudi yang bersepah di negara kita



Minda itulah yang perlu diubah sekarang. Tekadkan di hati kita bahawa kita boleh hidup seperti biasa – malah, mungkin lebih baik – tanpa menggunakan satu pun jenama dari geng penyokong Israel.Saya ambil contoh di hadapan mata, mengenai ayam goreng. Rangkaian restoran ayam goreng segera Amerika di seluruh pelosok tanah air mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengguna Islam. Malah, rangkaian restoran tersebut di sebuah pusat membeli belah di KL beberapa tahun mencatat rekod jualan tertinggi di seluruh dunia.

Bayangkan sekiranya mulai hari ini semua pengguna Islam negara ini memboikot ayam goreng tersebut, pasti laba berjuta-juta ringgit pungutan dari Malaysia yang dihantar ke Amerika susut sekurang-kurangnya 50 peratus. Orang Islam di negara ini mempunyai kuasa beli yang tinggi, mengalahkan bukan Islam.

Dengan kuasa beli itu kita boleh menjadikan ayam goreng rangup itu dingin tidak bersentuh!Percayalah kita tidak akan mati sekiranya tidak makan ayam goreng Amerika itu. Ayam goreng resipi turun-temurun kita pun tidak kurang hebatnya. Gantikan ayam rangup Bush itu dengan ayam goreng bercili, ayam goreng daun pandan. Ayam panggang berempah kita tidak kurang sedapnya. Kita ada ayam percik, ayam golek, sate ayam dan beraneka resipi ayam yang lain.

Dan, siapa kata dahaga tidak akan hilang selagi tidak meneguk minuman berkola dari negara Bush dibaling kasut itu? Sekali lagi, ini bukan soal selera, ini soal minda. Minda kita yang selama ini mengagungkan minuman botol atau tin yang berbuih tinggi itu. Mulai sekarang, tidak kira betapa panas dan dahaga, beralihlah kepada minuman lain. Ingat jenama Bush, ingat darah warga Palestin yang dibedil Israel.Kita ada sirap bandung, air limau nipis, teh tarik, kopi Tongkat Ali, teh herba – ada seribu satu minuman lagi – semua ini pun boleh menghilangkan dahaga.

Mula-mula kita boikot makanan dan minuman, kemudian kita boikot yang lain-lain. Akhir sekali kita pakai seluar dalam jenama lain. Ingat: membeli sehelai sahaja seluar dalam buatan Amerika, mendekatkan lagi peluang Israel membunuh orang Islam. Mulakan gerakan kita dari sekarang, saat ini juga!

Ends....sumber Sinar Harian.

Friday, January 9, 2009

INSENTIF KONVEK HPA 2009

Ø Insentif 2009 diteruskan sehingga bulan Mei 2009. Syarat penjualan syarikat mencapai RM 15 juta.
Ø Insentif baru bermula Jan 2009 hingga Mei 2009.
Ø Konvek akan diadakan pada bulan Julai 2009.

KATEGORI HADIAH

A.HADIAH PASTI ( JAN – MEI 2009 ).

Belian syarat 200 NM atau terkumpul 1000 NM ….Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 100 (e.g. pen berjenama) dan 20 cabutan bertuah.

Belian syarat 300 NM atau terkumpul 1500 NM…..Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 300 (e.g. jam tangan) dan 15 cabutan bertuah ( hand phone ).

Belian syarat 500 NM atau terkumpul 2500 NM…. Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 500 (e.g. camera) dan 5 cabutan bertuah ( Note Book ).


B.INSENTIF DARI PBC ( JAN – MEI 2009 ).

Terbuka kepada PB, PLX, PRX bermula pada bulan Jan 2009.

2. Berjaya membawa 6 peserta PBC ( sekali dengan melengkapkan 300NM ) selewatnya Mei 2009 pada Aras Pertama.

Hadiah Jaket HPA dan hadir PIC percuma.

Jika mencapai Pengarah Jati ( PJ ) selewatnya Mei 2009 akan mendapat tambahan Pen Berjenama.

Insentif ini akan di uruskan oleh Kelab pada Program Zon


C.TIGA KATAGORI INSENTIF KHAS ( OKT 2008 – MEI 2009 ).

Berlangsung dari Okt 2008 sehingga Mei 2009.

Penjualan syarikat mencecah RM 15 juta perbulan..( Jualan Malaysia Sahaja ) selewat-lewatnya pada Mei 2009.

Terbuka kepada pengedar HPA yang bergerak aktif bersama PBC.Syarikat berhak menolak tawaran ini kepada mereka yang tidak aktif didalam PBC.

Bagi mereka yang telah berpangkat PJE. PJI, PJM sebelum Mei 2009, hanya layak untuk insentif kategori pertama sahaja.

Bagi mereka yang berpangkat PJ ke bawah sebelum Mei 2009 tetapi mencapai PJE atau keatas daripada Jan 2009 hingga Mei 2009, maka layak untuk salah satu katagori (samaada katagori pertama atau katagori kedua).


BAGI KATAGORI PERTAMA

Adalah mereka yang mencapai pangkat PJE minima pada jualan bulan Mei 2009.

Membuat belian peribadi minima 200 NM dan jualan kumpulan pangkat PLX dengan 300 NM
sebulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau akumulatif 5000NM.

Pencapaian bonus RM 10,000 ke atas pada bulan Mei 2009.

Top 20 akan mendapat ganjaran mengerjakan ibadat haji suami isteri @ kereta @ RM 30,000 tunai.

Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.


BAGI KATEGORI KEDUA

Mereka yang membuat pembelian peribadi 200 NM dan jualan kumpulan pangkat PLX 300 NM sebulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau akumulatif 5000 NM.

Pangkat di antara Pengedar Biasa ( PB ) hingga Pengarah Jati ( PJ ).

Top 50 dari Pengarah Jati hingga ke bawah akan berpeluang melawat Jakarta atau Bandung 4

Hari 3 Malam dan motosikal Modenas.

Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.


BAGI KATEGORI KETIGA ( INSENTIF UMRAH - PILIHAN ).

1. Semua pangkat dari Pengedar Biasa hingga Pengarah Jati Mahkota . Mencapai bonus
RM 5,000 ke RM 9,999 menjelang Mei 2009.

2. Jualan mencapai RM 15 juta menjelang Mei 2009. Maintain peribadi 300 NM setiap bulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau kumulatif peribadi 6000 NM.

3. Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.


BAGI KATEGORI C

** SETIAP PENGEDAR HANYA LAYAK UNTUK MENERIMA SATU INSENTIF SAHAJA DAN BERGANTUNG KEPADA SYARAT DAN KELAYAKAN SEPERTI TERTERA DI ATAS **.

Tiket Konvek di jual pada harga yang di putuskan oleh syarikat dan cabutan hadiah menarik seperti berikut:


Barangan eletrik

Hadiah menarik dan branded 200 hadiah di buat pengumuman 4 kali dan di kupon mengandungi Nama, no ahli, no telefon dan cawangan terdekat.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA “

Ends....

Wednesday, January 7, 2009

KPU ANJUR PBC DI PENGKALAN HULU, PERAK

Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan menganjur Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 24 dan 25 Januari 2009 di Rumah Rehat Air Panas, Pengkalan Hulu Perak.

Menurut Pengarah PBC, PJS Noreda Hamid, PBC kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga penceramah yang cemerlang dan berjaya dalam perniagaan MLM bersama HPA. Antara pemimpin yang akan hadir ialah PJS Puan Shariah Sulaima, PJS Puan Jamaliah Omar, PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Syed Ageel Syed Mahayadin, PJS Syed Salahudin Syed Mahayadin dan PJS Ismail Othman.

Sesiapa yang berminat untuk hadir ke PBC tersebut, bolehlah mendaftar tyerus kepada PJS Puan Noreda Hamid di talian 019-4191675 atau PJS Syed Ageel 013-4882778.

Ends.....

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN KPU

Bila Penajaan Semula di Tamatkan dan Fotostat Kad Pengenalan diperkenalkan sebagai syarat untuk Permohonan Sebagai Pengedar Baru

Assalamualaikum,

Berbagai-bagai reaksi dapat di lihat berlaku di kalangan pengedar HPA di seluruh Malaysia apabila HPA mengeluarkan arahan memberhentikan penajaan semula dan peraturan baru mewajibkan salinan kad pengenalan bagi permohonan ahli baru. Sudah tentu ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Ada yang rasa ianya cukup membebankan dan berpendapat ianya akan menimbulkan kesan negatif kepada syarikat. Walau apa pun reaksi dikalangan pengedar saya sebagai presiden kpu berpendapat seluruh warga HPA terutama dikalangan PJS dan pemimpin2 harus menerima arahan HPA secara positif dan meneruskan kerja-kerja mengembangkan jaringan dengan lebih baik dan tersusun.

Bila HPA dijadikan sebagai wadah untuk satu Jihad bagi mengembalikan manusia kepada Allah (Mengembalikan manusia kepada makanan halal yg sebenar, mengembalikan manusia kepada ekonomi barokah dan mengembalikan manusia kepada pengobatan sunnah) ianya haruslah dipikul oleh satu kumpulan pemimpin yang benar-benar faham akan jalan dakwah ini. Dua kekuatan yang selalu kita laungkan iaitu kekuatan akidah dan kekuatan ukhwah sebagai syarat kepada kemenangan dalam usaha jihad ini telah dijadikan sebagai bahan ujian oleh Allah kepada kita semua.


Telah sekian lama kita melihat dan mendengar keluhan dan ratapan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan amalan sesetengah pengedar yang menjadikan penajaan semula sebagai profession mereka. Kemuncaknya HPA mendapati bahawa sudah sampai masanya penajaan semula diberhentikan kerana ianya berlawanan dengan hasrat untuk melihat pemimpin HPA berada dalam satu ukhwah yg kuat. Semua lapisan harus akur kerana itulah sebenarnya yang diajar oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dalam Sirah yang selalu baca dan hayati.

Perjanjian Hudaibiah walau pun dilihat oleh para sahabat sebagai merugikan pihak Islam, tetapi hakikatnya apa yang tersirat disebalik perjanjian itu adalah disebaliknya. Iktibar yang boleh diambil dalam peristiwa ini adalah dari sudut bagaimana sikap yang diambil oleh pemimpin dan juga oleh yang di pimpin. Kita kena faham tentang Hak pemimpin dan hak pengikut. Hak pemimpin adalah membuat keputusan dan hak pengikut adalah mengemukakan pandangan. Bila keputusan telah dibuat sama ada ianya selari dengan pendapat kita atau tidak, sebagai yang dipimpin kita kena akur dan menghormati keputusan pemimpin.

Sejarah menunjukan kekalahan dan kejatuhan Islam berpunca daripada sifat ingkar kepada arahan pemimpin seperti yg berlaku dalam peperangan Uhud dan juga peristiwa apabila Saidina Ali ditanya mengapa kekacauan dan kekecohan berlaku dizaman pemerintahannya tetapi tidak di zaman Abu bakar R.A dan Omar R.A. Lalu Saidina Ali menjawab ' Kerana semasa pemerintahan Abu Bakar dan Omar pengikutnya adalah Aku dan semasa perintahan ku pengikutnya adalah kamu'. Dalam berorganisasi Hak dan Tanggungjawab Pemimpin serta pengikut harus di tulis dengan jelas dan di fahami oleh segenap lapisan supaya matlamat organisasi tercapai dengan rahmat dan pertolongan dari Allah SWT.

Kita hendaklah yakin bahawa perjuangan atas nama Islam harus melalui jalan yang sama seperti yang dilalui oleh para Nabi, para Shuhada' dan para solihin. Dalam perjalanan ini kita harus dapat melahirkan pemimpin dan pengikut yang berkasih sayang membawa panji-panji dakwah untuk menjadikan Islam itu tinggi dan memimpin Ekonomi Dunia. Kita baru ada sekelompok kecil pemimpin yg di gelar PJS dan sudah tentu jika kita ingin menguasai ekonomi dunia kita harus ada 60000-70000 PJS seperti angka para sahabat dan syuhada' yg bersemadi dengan tenang di perkuburan bakiq diMadinah Almunawwarah berhampiran makam Nabi yang kita kasihi.

Para sahabat yang menjadi pengikut setia nabi mengorbankan segala-galanya sehingga Islam menguasai 3/4 dunia. Kalau nak ikut Nabi sememangnya kita tak ada peluang lagi kerana nabi sudah lebih dari 1400 tahun meninggalkan kita, cuma kita boleh ikut mereka yang meletakan perjuangan seperti yang dibawa oleh nabi dengan dibuktikan dengan semangat dan kesungguhan yang tinggi.

Saya melihat penerimaan yang baik oleh semua pihak pada dasarnya walaupun ada sedikit keluhan tidak puas hati. Saya menganggap semua kita lulus dalam ujian ini dan insyaAllah tahun 2009 kita semua akan menjadi lebih cemerlang dan betullah seperti kata Tuan Hj Ismail bahawa tahun ini akan menyaksikan ramai pemimpin dari MLM lain yang akan menyertai HPA. Kita kena terima mereka dalam keluarga kita dan perlu sediakan untuk mereka tempat yang boleh mengasuh dan mendidik mereka, supaya mereka menjadi pemimpin seperti acuan yang kita kehendaki.

Wallahuaklam




Ends.....

Sunday, January 4, 2009

KURSUS PENAJAAN HPA

Alor Setar : Seramai 28 orang telah hadir dalam Kursus Penajaan yang telah diadakan di Pusat Agensi HPA, Tandop Alor Setar pada 3.1.09 dari jam 9.00 pagi hingga jam 5 petang. Semua peserta adalah mereka yang telah menyertai PBC .




Sebahagian peserta sedang berbengkel


Menurut Pengarah Program, PJS Azizan Ahmad, program ini bertujuan membantu dan membimbing bekas peserta PBC supaya mereka lebih yakin dan faham teknik dan kaedah penajaan yang berkesan dengan bantuan bahan penajaan yang kemaskini.


Peserta-peserta yang ditemui melahirkan rasa syukur di atas pengajuran tersebut dan berasa lebih yakin untuk meneruskan perjuangan sebagai usahawan HPA.


Ends....

Lensa eKPU