Thursday, May 20, 2010
BENGKEL PRA PBC UNTUK PJS KPU DAN KOMUNITI
Tarikh : 27 MEI 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : ROR Legenda Heights, Sungai Petani....
Pendaftaran : RM15 (Minum Pagi dan Makan Tengah Hari)
Aturcara Bengkel
1. Pra PBC Pemangkin Lonjakan RM20 juta.
2. Cara dan Kaedah Pengenalian Pra PBC Berkesan.
3. Bengkel Pra PBC.
4. Pembentangan, Komenter dan Cadangan.
5. Taklimat Senaman Tua (ST) oleh RAT.
Semua PJS KPU DIWAJIBKAN hadir. Ketidakhadiran anda boleh menjejaskan PERLANTIKAN SEMULA PJS Anda pada masa-masa akan datang.
Sebarang maklumat, sila hubungi mana-mana TRIBUNAL KPU.
Wassalam....
Sunday, May 9, 2010
PERJUMPAAN PJS SEMALAYSIA
Tarikh : 13 MEI 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Amir Ramadhan, Jejawi Perlis.
Kehadiran DIWAJIBKAN.
PERINGATAN KEPADA AGEN STOK YANG MENYELEWENG
HQ MIS kini telah mengesan 3 agen stok (Perlis, Kelantan dan Melaka) dan beberapa lagi agen stok yang melakukan penyelewengan stok hingga melibatkan ratusan ribu ringgit. HQ mendapati penyelewengan ini di lakukan dengan sengaja dan kami tidak teragak agak untuk mengambil tindakan keras (termasuk tindakan undang-undang) kerana hal ini di sifatkan sebagai jenayah dagangan.
Sekadar info dan suatu peringatan...........daripada GM HPA.
Saturday, May 8, 2010
PSC KALI KEDUA DI RFC LEGENDA HEIGHTS
Hanya peserta berpangkat Pengedar Bertauliah (PB) sahaja yang layak masuk ke PSC ini. Sila pastikan peserta yang ingin mendaftar membawa bersama mereka salinan INVOIS BELIAN sebanyak 100 Nilai Mata (Sama ada MAC, APRIL atau MEI- mana-mana satu bulan) pada PSC tersebut. Peserta ganti TIDAK DIBENARKAN.
Yuran dikenakan sebanyak RM30 (Termasuk minum pagi, makan tengah hari dan minum petang serta bahan PSC).
Kepada yang berminat boleh daftar terus kepada PJS masing-masing atau hubungi Pengarah PSC, PJS Mohd Aseri Hanapiah di talian 019-5590125 atau 019-4700512. Terhad kepada 150 tempat sahaja..
Friday, May 7, 2010
HPA RANGKA STRATEGI PRODUK HALAL
Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
2010/05/03
HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera yang terkenal dengan produk jenama Radix, menyasar mewujudkan lebih 300 cawangan jualan di seluruh negara menjelang 2015.
Pada masa ini, HPA mempunyai 155 cawangan di seluruh negara dengan yang terbaru di The Mines Kuala Lumpur; Bukit Tinggi, Klang di Selangor dan Jalan Langgar, Alor Star, Kedah yang dibuka minggu lalu.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata syarikat itu kini menjalin kerjasama pintar dengan lebih 650,000 ahlinya bagi merealisasikan lebih 300 cawangan di seluruh negara sebelum 2015.
Menurutnya, semua cawangan terbaru yang dibuka HPA sejak tiga bulan lalu berkonsepkan pasar mini halal atau Halal Mart berbanding kaunter jualan sejak HPA ditubuhkan pada 1997.
“HPA juga membuka peluang kepada semua ahli untuk berkongsi dalam perniagaan peruncitan HPA Halal Mart dengan jumlah pembiayaan RM50,000 bagi satu premis.
“Kita yakin ahli HPA akan mengambil peluang ini seterusnya mencapai sasaran lebih 300 cawangan syarikat di seluruh negara menjelang 2015 atau lebih awal dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi Salleh (017-5248946) atau Adnan Fadzil (013-4895717),” katanya.
Mengenai sasaran jualan RM20 juta sebulan diumumkan HPA bagi Insentif Tahun 2010, Ismail berkata, ia dijangka dapat dicapai dalam tempoh terdekat sama ada Mei atau Jun ini.
“Jualan lebih 200 produk HPA kini cukup menggalakkan dengan produk utama seperti Kopi Radix, Radix Koko, sabun pembasuh Freesia dan penapis air Dew begitu menggalakkan hingga kadar pengeluaran terpaksa ditingkatkan,” katanya.
Menurutnya, kekuatan HPA ialah mempunyai panel syariah sendiri selain memperjuangkan produk halal dan suci (halalan toyyiban).
“HPA juga bergerak cergas dengan program ilmu untuk mengajar ahli supaya beralih kepada herba dan bahan harian bebas kimia iaitu organik sebagai persediaan mengelak malapetaka kesihatan,” katanya.
Beliau juga mengumumkan yang HPA membeli sebuah bangunan di Seksyen 13 Shah Alam setinggi 12 tingkat pada harga RM54 juta untuk dijadikan HPA International Center (HIC).
Thursday, May 6, 2010
SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM PENGGUNA SETIA CEMERLANG (PSC)
2) PENYERTAAN:
LAYAK DISERTAI OLEH SEMUA PB YANG BELUM BERPANGKAT
3) JANGKA MASA PROGRAM :
1 HARI (9.00 PAGI – 5.00 PETANG)
4) INSENTIF PROGRAM:
DINOBATKAN SEBAGAI PENGURUS MELATI (PLX) SETELAH MAINTAIN 100 NM SELAMA 6 BULAN BERTURUT-TURUT.
5) TEMPAT PROGRAM:
DEWAN CAWANGAN.
6) BILANGAN PESERTA:
MAKSIMUM 50 ORANG/ 1 HARI PROGRAM.(200 HINGGA 500) ORANG/ 1 BULAN PROGRAM– (10 ORG PESERTA BG SETIAP PJS)
7) PENDAFTARAN PESERTA:
SETIAP PENYERTAAN AKAN DIKENDALIKAN OLEH KELAB MASING-MASING DAN PJS TERPILIH ( BUKAN KOMUNITI ). KELAB PERLU MENGHANTAR SENARAI NAMA
PESERTA KEPADA PIHAK AWM ( MKTG DAN MIS DEPARTMENT ) 1 BULAN LEBIH AWAL UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN GM.
8) PEMBAYARAN PENYERTAAN:
RINGGIT MALAYSIA RM30.00 SAHAJA ( TERMASUK BAHAN PROGRAM DAN MAKANAN PESERTA .)
9) SENARAI NAMA KEHADIRAN PESERTA MESTILAH DIISI DI DALAM BORANG A ( SEPERTI YANG DILAMPIRKAN ) DAN DIHANTAR KEPADA PIHAK AWM (MKTG DAN MIS DEPARTMENT) BESERTA LAPORAN LENGKAP PROGRAM TERSEBUT 3 HARI SELEPAS PROGRAM.
10) TELAH MEMBUAT PEMBELIAN 100 NM SEBULAN DALAM MANA – MANA BULAN DALAM TEMPOH 3 BULAN SEBELUM KURSUS. PESERTA DIKEHENDAKI MEMBUKTIKAN DENGAN MENYERTAKAN INVOIS PEMBELIAN SEMASA PENDAFTARAN BERSAMA DENGAN KAD PENGENALAN. PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PSC PADA BULAN PEMBELIAN SYARAT DIBUAT ATAU BULAN BERIKUTNYA HANYA PERLU MENERUSKAN MAINTAIN 100 NM SELAMA LIMA BULAN BERTERUSAN UTK MELAYAKAN MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT PLX.
11) HANYA PESERTA YANG HADIR LAYAK MENERIMA KENAIKAN PANGKAT. TIDAK DIBENARKAN PENGGANTI UNTUK HADIR KURSUS.
12) PESERTA PERLU HADIR SEPENUH MASA DALAM KURSUS.
13) MODUL PROGRAM PSC:
i. MENGENALI SYARIKAT KITA (HPA INDUSTRIES SDN. BHD.)
ii. BAGAIMANA MEMBINA PENDAPATAN SELESA MELALUI PROGRAM PSC
iii. KONGSI PENGALAMAN : BAGAIMANA MENJADI PENGGUNA YANG BIJAK
iv. BAGAIMANA MERAWAT PENYAKIT YANG BIASA MENYERANG KELUARGA
v. PRODUK KEGUNAAN HARIAN ASAS PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH
vi. DEMO BUKTI KERACUNAN DALAM PRODUK KEGUNAAN HARIAN
vii. MUHASABAH DAN PENUTUP
