Saturday, February 20, 2010
KPJ DI SAHAB PERDANA DAPAT SAMBUTAN MERIAH
KPJ pada kali ini disiarkan secara langsung melalui Radio HPA.FM yang dikendalikan sepenuhnya oleh Webmaster HPA, Mahadi Che Haron. kemahiran beliau dalam bidang telekomunikasi menjadikan KPJ yang diadakan semalam dapat didengar dengan jelas oleh ahli-ahli HPA di seluruh negara. Tahniah kepada Webmaster HPA yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam menyalurkan maklumat HPA kepada 600 ribu ahli seluruh negara.
Friday, February 19, 2010
Wednesday, February 17, 2010
Monday, February 15, 2010
PJS CIKGU HAJI ABD RAZAK DAPAT MENANTU LAGI
Saturday, February 13, 2010
PBC PARIT BUNTAR DI HOTEL AZ-ZAHRA INN
Antara pemimpin PJS yang hadir ialah PJS Ustaz Mohd Zahir, PJS Cikgu Ismail Othman, PJS Ustaz Zaidon, PJS Sharifah Sulaiman, PJS Mohd Nadzri Ahmad dan dibantu oleh beberapa fasilitator lain.
KES TANGKAPAN KHALWAT : BUKAN DARI HPA
ALOR STAR: Tangkapan khalwat membabitkan seorang pegawai tinggi syarikat jualan pelbagai peringkat (MLM) bergelar jutawan di Kluang, Johor, awal pagi kelmarin, tidak membabitkan pegawai daripada HPA Industries Sdn Bhd (HPA) atau anak syarikatnya.
Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga anak syarikat kepada HPA yang bertanggungjawab terhadap pemasaran produk syarikat itu, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, terlalu banyak mesej dan panggilan diterima pengurusan HPA berkaitan laporan berkenaan.
“Ini kerana ia membabitkan syarikat MLM berteraskan kopi dan HPA memang terkenal dengan kopi Radix.
“Bagaimanapun, kami sudah mendapat pengesahan kes yang dilaporkan membabitkan pegawai syarikat lain bukannya HPA.
“Sehubungan itu, kita berharap tidak ada pihak yang cuba menggunakan laporan itu untuk mengait, sekali gus memfitnah HPA,” katanya.
Akhbar ini semalam melaporkan pegawai atasan sebuah syarikat MLM yang mengedar minuman kopi penjana tenaga bertaraf jutawan, memberi alasan kononnya dia berbincang hal perniagaan dengan seorang kakitangan wanita dalam gelap apabila dicekup berkhalwat dalam bilik sebuah hotel di Simpang Renggam dekat Kluang, awal pagi semalam.

