Saturday, January 9, 2010

PENAJAAN SEMULA PENGEDAR TAK AKTIF TAHUN 2006 KE BAWAH

Info dari Meja GM HPA

Assalamualaikum..Salam Satu HPA

Terima kasih diatas komen yang disampaikan pada saya. Tujuan kita melakukan penajaan semula adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif (tidak pernah membeli walaupun satu produk) ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif.

Dari sejumlah 600,000 pengedar yang telah mendaftar sejak usia HPA, hanya 35000 sahaja yang mendapat bonus. Ini menunjukan hanya kurang lebih 0.058% sahaja yang aktif (membuat belian 50 Nilai Mata ke atas setiap bulan). Sehubungan dengan ini HQ HPA mengambil insiatif untuk menghidupkan sebahagian pengedar yang tidak aktif yang berhajat untuk diaktifkan semula sebagai Usahawan HPA.

Tatacara Penajaan Semula.

1. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA, kit niaga RM30.00
2. Isi borang menamatkan Keahlian Lama.
3. Tulis surat persetujuan untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
4. Sertakan salinan Kad Pengenalan.
5. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula adalah ahli yang berdaftar Tahun 2006 ke bawah.
6. Pastikan ahli tersebut tidak pernah membuat apa-apa belian produk HPA atau membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata dalam tempoh 6 bulan sebelum ditaja semula.

Ends...



TAKZIAH BUAT PJS FATIN DAN PJS HAFIDZAN FAUZI

Seluruh warga Kelab Pemimpin Utara (KPU) merakamkan ucapan takziah buat PJS Noor Haida Ramli (Fatin) dan PJS Hafidzan Fauzi atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda PJS Fatin di Taiping pada 08 JAN 2010 yang lalu.

Semoga roh ayahanda Haji Ramli dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan para mukmin dan solihin..Al-Fatihah.




Thursday, January 7, 2010

Takziah Kepada PJS Asnah PK Mustafa

Salam takziah kepada PJS Asnah PK Mustafa dan keluarga di atas pemergian ayahandanya.
Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

al Fatihah.

Menggenggam Harapan Ummah 2010

Nama program : Sessi Fotografi Pemimpin KPU
Motto : Menggenggam Harapan Ummah 2010
Lokasi : RFC Laguna Merbuk, Sungai Petani, Kedah
Web/blog program : Bahtera Juang
Tarikh : 14.1.2010 / 28.1.1431H (Khamis)
Masa : 5.00 petang
Etika pakaian : Blazer hitam / jaket HPA
Syarat-syarat tambahan : Terbuka kepada semua Pemimpin KPU, jangan terlewat. Targert kehadiran minimum 200 pemimpin
Penganjur : KPU
Nombor perhubungan : Ustaz Zahir (04-4259003)

sumber : Forum eKPU
Aktiviti eKPU : Kalendar eKPU

Wednesday, January 6, 2010

Gen-7 KPU Gempur 1431H/2010

Momentum 2009 terus menerus dirangsang melalui Pelancaran Generasi ke-7 Kelab Pemimpin Utara (KPU) pada tanggal 1 Januari 2010 / 15 Muharram 1431H di SP Inn, Sungai Petani.

Anthusias yang ditunjukkan peserta berjumlah lebih 300 orang yang terdiri daripada barisan kepimpinan sedia ada dan Gen-7 menggambarkan kesiapsiagaan KPU menggegarkan arena MLM tanahair pada tahun 2010 ini. Dengan Slogannya GEMPUR RADIX! INSYALLAH, pastinya tiada yang mustahil selagi mana kekuatan yang dibina berteraskan acuan Islam ini disokong serta didokongi oleh setiap ahli KPU.

Sasaran syarikat untuk meningkatkan jualan bulanannya ke RM20 juta bukanlah satu angan-angan kosong apabila lembaran tahun 2010 dibuka dengan komitmen yang ditunjukkan para pengedarnya khususnya di 'kubu kuat' HPA di utara semenanjung, Barakallah. KPU berdoa agar KPA (tengah), KPT (timur) dan Kelab Pemimpin yang lain turut berjaya dengan strategi mereka bagi melebar serta mengukuhkan empayar bisnes MLM Syariah HPA sekaligus bertindak sebagai supportive group yang lebih efektif.

Tiadanya kesatuan di bawah Kelab Pemimpin meletakkan ahli-ahli HPA yang ingin aktif dalam keadaan yang terumbang-ambing dek kerana alunan ombak dunia perniagaan di luar sana, terutama di  bidang Multi Level Marketing.

Maka, berjuanglah seiringan dengan Kelab Pemimpin yang ada sebagaimana maksud hadis Nabi SAW : "Pertolongan Allah itu ada bersama jemaah (amal yang dilakukan secara bersama)."

Wallahu ta'ala a' lam.

Gambar adalah karya asal Hanis Huqaimi - Jurufoto al Qadhi Studio. Untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila ke Forum eKPU dan mendaftar di sana.

Tuesday, January 5, 2010

Takziah Kepada PJS Ismail Othman

Salam takziah kepada PJS Cikgu Ismail dan keluarga di atas pemergian ayahandanya Othman Ahmad.
Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

al Fatihah.

Monday, January 4, 2010

PROGRAM KEPIMPINAN GEN-7 KPU

PROGRAM LATIHAN DAN PENGESAHAN NO SIRI PEMIMPIN GEN 7 KPU






Bagi pemimpin yang terpilih sebagai pemimpin GEN 7 KPU adalah diwajibkan mengikuti program yang diadakan ini bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai pemimpin KPU dan akan diberikan no siri kepimpinan KPU seperti pemimpin GEN yang terdahulu.Bagi pemimpin yang gagal mengikuti program tersebut tidak akan mendapat nombor siri KPU dan akan dimasukkan ke senarai pemimpin KPU GEN 8 yang insyaAllah akan dijalankan pada Julai 2010 sekiranya masih berminat.


Para pemimpin GEN 7 yang tidak mengisi borang GEN 7 dengan lengkap juga akan masukkan ke senarai GEN 8 melainkan sekiranya mereka dapat melengkapkan borang tersebut selewatnya pada tarikh 6 hb Januari 2010.(rujuk maklumat di bawah)





Lensa eKPU