Saturday, August 8, 2009

Wednesday, August 5, 2009

SEBUAH BANGSA BERNAMA MELAYU

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu

Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!


By,
Someone
Somewhere

PEKELILING LANTIKAN PJS 2009

PEKELILING LANTIKAN PJS 2009.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Pihak syarikat telah menetapkan satu pekeliling baru bagi lantikan Pengarah Jati Setia (PJS).Maklumat lantikan adalah seperti dinyatakan di bawah:

1. Lantikan Mutlak Pengarah Jati Setia ( PJS ) dilantik oleh Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd,Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad.

2. Kelayakan Lantikan PJS hendaklah mencapai bonus bulanan Ringgit Malaysia Lima Ribu Ke atas ( RM 5000 ).

3. Lantikan PJS juga dilihat dari persepsi keperibadian seseorang itu ( cth : Seorang yang bertanggungjawab,berhemah tinggi,boleh menyelesaikan masalah,berdisiplin, kemas, berketerampilan,mempunyai jiwa yang sanggup berkorban demi melihat HPA terus dipertahankan dan lain lain lagi ).

4. SYARAT PENILAIAN DI PERINGKAT KELAB ATAU ZON.

1.SILA NYATAKAN TIGA ( 3 ) NAMA PJS YANG MENYOKONG ANDA.

2.PJS TERSEBUT HENDAKLAH SUDAH MEMPUNYAI STATUS AHLI TIGA TAHUN DARI TARIKH LANTIKAN.

3.KELULUSAN LANTIKAN PJS TERSEBUT HENDAKLAH DARIPADA TIGA ( 3 ) DAERAH / ZON ( CTH : DARI ZON TIMUR,ZON UTARA DAN ZON TENGAH ).

4.PJS TERSEBUT HENDAKLAH BUKAN DARIPADA KUMPULAN SI PEMOHON ( BUKAN DARI GROUP SENDIRI ).

5.SEKIRANYA ANDA BERSETUJU,SILA LENGKAPKAN BORANG SEPERTI YANG DI LAMPIRKAN.

6.KEPUTUSAN LANTIKAN HENDAKLAH DI BUAT OLEH AHLI LEMBAGA TRIBUNAL MENGIKUT ZON MASING - MASING.

7.BORANG INI HENDAKLAH DI COP SECARA RASMI OLEH MAJLIS TRIBUNAL ZON MASING - MASING.

Sekian, terima kasih.

t.t.

MOHD FAISOL ABDUL RAHMAN
Pengurus Besar Al-Wahida Marketing

Tuesday, August 4, 2009

DUA PJS KPU DINOBATKAN PJM TERBAIK MALAYSIA

Dua orang Pengarah Jati Setia (PJS) dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah dinobatkan sebagai Pengarah Jati Mahkota (PJM) Terbaik Malaysia pada KONVEK'09 yang berlangsung di MAEPS, Serdang Selangor baru-baru ini.



Mereka ialah PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali dan PJM Sharifah Sulaiman. PJM Ustaz Mohd Zahir adalah anak kelahiran Kg Perak, Bukit Selambau Kedah. Beliau adalah lulusan daripada Universiti Damanhur, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Mula mencebur diri dalam HPA sejak beliau masih lagi menuntut di Mesir. Beliaulah juga orang yang bertanggungjawab membawa HPA ke Mesir pada tahun 2001. Delegasi HPA yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Haji Ismail Ahmad dan rombongan berjaya menembusi pasaran di kalangan para pelajar Malaysia di Mesir.

Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau telah memberi tumpuan sepenuh masa kepada perniagaan HPA di samping memberi kuliah pengajian agama di surau dan masjid. Kegigihan beliau dalam perjuangan HPA cukup terserlah. Rangkaian beliau berada di seluruh negara. Bermula dari Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan juga Sarawak.

Pada KONVEK'09 yang lalu, PJM Ustaz Mohd Zahir telah dianugerahkan sebagai TOP 20 HPA, mendapat anugerah menunaikan fardu Haji, anugerah pakej pelancongan ke Australia dan Sepanyol.


Sementara itu, PJM Sharifah Sulaiman menceburkan diri dalam HPA sejak 1997. Beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Isteri kepada PJI Cikgu Ahmad Suberi Murad ini mula berjinak-jinak dengan HPA atas sokongan dan dokongan serta galakan daripada suami. Pada peringkat awal penlibatannya, PJM Sharifah Sulaiman terpaksa melalui liku-liku perjalanan yang cukup mencabar. Beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sebelum berjaya menempuh kejayaan yang cukup cemerlang.


Pada peringkat awal penglibatannya, PJM Sharifah Sulaiman banyak mempelajari ilmu perubatan dan perawatan melalui kelas dan kuliah yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan HPA. Beliau tidak pernah ketinggalan mempelajari selok belok herba dan ilmu perawatan walau di mana saja kelas diadakan. Berkat kegigihan dan kesabaran beliau dalam menuntut ilmu, akhirnya PJM Sharifah Sulaiman mampu menjadi perawat yang cukup baik. Ini merupakan satu anugerah Ilahi kepada beliau yang tidak pernah kenal erti letih dan jemu. Dalam usia baru mencecah 40an, PJM Sharifah Sulaiman kini boleh berbangga dengan pencapaian tertinggi 5 angka yang diperolehinya. Pada KONVEK'09 yang lalu, PJM Sharifah Sulaiman juga telah dianugerahkan sebagai TOP 20 HPA dan mendapat anugerah menunaikan fardu Haji, anugerah pelancongan ke Australia dan Sepanyol.

Tahniah kepada kedua-dua PJM dari KPU atas pengiktirafan HPA dalam KONVEK'09 yang lalu.

Ends..............

Monday, August 3, 2009

PROGRAM PEMANTAPAN PBC PENDANG DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA

Program Pemantapan PBC yang diadakan di HPA Cawangan Pendang pada 02 OGOS 2009 yang lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Bahang kemeriahan KONVEK'09 masih terasa dan amat ketara apabila hampir 100 peserta telah hadir memenuhi dewan HPA Pendang.


Sebahagian peserta yang hadir

Para peserta kebanyakkannya adalah lepasan PBC yang diadakan sekitar Alor Setar, Pendang dan Jitra. Mereka hadir dengan satu semangat baru bagi meneruskan perjuangan bersama HPA. Hadir menyampaikan slot pada sesi pagi ialah PJM Sharifah Sulaiman. Beliau memberi perincian mengenai Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan. Para peserta diberi bimbingan secara teori dan praktikal.


Kelihatan PJ Shahadat sedang mengendalikan majlis


Pada sebelah petangnya pula, peserta berkongsi pengalaman bersama PJM Cikgu Ismail. Beliau mengupas dan memperincikan bonus-bonus yang terdapat di dalam Plan Pemasaran HPA di samping sedikit motivasi niaga kepada para peserta. Peserta yang hadir mendapat semangat baru dan berusaha memastikan HPA terus berada di tangga teratas dalam perniagaan MLM di Malaysia.

Ends....

PBC TS HOTEL PASIR GUDANG : SERLAHKAH KEGIGIHAN CRC

LIKU-LIKU PERJUANGAN

Program Perkongsian Bijak Cemerlang PBC di Ts Hotel Taman Scientex Pasir Gudang
pada 01 -02 Ogos 09 memberi impak yang cukup besar dalam matlamat CRC mengujudkan pengguna tegar dalam HPA. Kehadiran peserta seramai 107 orang membuktikan setiap matlamat seandainya diiringi dengan gerak kerja yang positif akan membuahkan kejayaan paling manis.

Dalam konsep Persedian, peserta diberi peluang membuat banyak pilihan bagi mencorakkan langkah-langkah usahawan melalui slot Perawatan dan slot Plan Pemasaran.
Pengisian ilmu yang disediakan dengan modul-modul pilihan ini merupakan satu keberkesanan paling mendalam apabila ianya disampaikan oleh barisan para pembentang yang cukup berkomitmen dalam memperjuangkan kesadaran mentaliti bagi melahirkan semangat-semangat baru. Inilah yang membezakan HPA dengan kebanyakan MLM yang lain bilamana setiap kehadiran para pembentangnya sentiasa ditunggu-tunggu.





PBC kali ini juga mencatat sejarah apabila berjaya membawa gandingan mantap tiga beradik PJM Syed Salahuddun, PJ DR Syed Helmi, PJM Syed Ageel beserta isteri PJS Puan Suhaiza.




Semoga ilmu yang dicurahkan bersama sama sahabat-sahabat seperjuangan PJE Khalid Salim, PJS Ustaz Safwan, PJ Ustaz Fauzi dan Ustaz Afendi yang membawa modul qiamulail dapat memberi banyak manfaat kepada para peserta.





Rakaman perjalanan perkongsian pengalaman.............................

Ends......sumber blog CRC RADIX....

PBC DI CHALET AIR TERJUN TITI HAYUN, YAN : UNGKAI SEJARAH SILAM

Suatu ketika dulu, Yan merupakan daerah terpencil yang hanya menjadi tempat tempat sumber rujukan kepada segelintir sejarawan yang cinta akan sejarah dan budaya Kedah. Tidak ada apa-apa yang hendak dibanggakan dengan daerah ini. Yang ada hanyalah kesan-kesan tinggalan sejarah berupa candi-candi sebagai bukti bahawa pernah wujud sebuah Kerajaan Hindu di sana.

Peserta sedang mendengar slot yang disampaikan oleh penceramah


Namun tidak ramai yang tahu bahawa daerah Yan juga merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Kedah tua. Sebuah kerajaan Islam yang berjaya mendominasikan dan menghapuskan adat dan budaya Hindu yang sekian lama bertapak dan berakar umbi si sini. Ia adalah tempat pertemuan dan pengumpulan barang dagangan dari negara Arab dan India yang masuk melalui laut dan terus menyusuri sungai hingga sampai ke Lembah Bujang.

Penuh bergaya walaupun 'tiada merdu suara'


Kini segala-galanya telah berubah, HPA kembali ke daerah ini dengan Slogan "HPA BOLEH". Satu slogan keramat yang mengungkap kembali nostalgia silam akan kehebatan sebuah perniagaan yang dimiliki oleh umat Islam. PBC yang di adakan di Chalet Titi Hayun, sebuah kawasan pergunungan yang dikelilingi hutan belantara dan deruan air terjun menjadikan suasana sungguh tenang dan mendamaikan. Seramai 72 peserta telah hadir.

Kelihatan kumpulan peserta yang memenangi persembahan LDK


PBC yang berlangsung pada 31 Julai hingga 02 Ogos 2009, diketuai oleh Pengarah Jati Intan (PJI) Muzaffar Aliyasak, dibantu Pengarah Jati Emas (PJE) Siti Norwanda, PJE Ustaz Asri Hussain, PJ Wan Robeingah dan beberapa orang lagi pemimpin tempatan.

Barisan pemimpin, fasilitator dan peserta bergambar kenangan

Beberapa pemimpin KPU telah dijemput menyampaikan slot. Mereke ialah PJM Haji Ismail, PJI Mohd Aseri hanapiah, PJE Zanbli Abd Rashid, PJE Sabri Ahmad, PJE Maznah Derani, PJE Mohd Zaimi dan dibantu oleh beberapa orang fasilitator.

Ends......

Lensa eKPU