Sunday, May 3, 2009

PBC JITRA TERUS MEMBANGUN DAN CEMERLANG

Kehadiran seramai 98 peserta ke PBC yang diadakan di Dewan Taman Siswa, Bandar Darul Aman, Jitra membuktikan bahawa HPA semakin bertapak kukuh di daerah itu. Saban hari HPA mula menjadi sebutan dan igauan kepada seluruh penduduk setempat.

Wajah Pengarah PBC yang sentiasa serius


PJS Syed Ageel, antara pemimpin yang lahir melalui Program PBC


PJS Syed Salahuddin, dari kerjaya Peguam Syariah, kini Usahawan HPA


Pengerusi Majlis yang sentiasa menghidupkan majlis


Penglibatan di kalangan penjawat awam dan pekerja sektor swasta dalam setiap program anjuran HPA, menjadi pemangkin dan rangsangan utama ke arah kecemerlangan HPA di sana.


Semangat juang yang tinggi di kalangan peserta PBC


Menurut Pengarah PBC pada kali ini, PJS Salehuddin Ramly, kehadiran ramai pemimpin KPU terutama di kalangan PJS menjadikan PBC yang dianjurkan semakin bersemangat dan mendapat perhatian yang amat menggalakkan. Pada PBC kali ini beberapa PJS dari KPU hadir. Antaranya PJS Syed Salahuddin, PJS Syed Ageel, PJS Ustaz Mohd Zahir, PJS Sabri Ahmad, PJS Ustaz Zamri Jusoh dan PJS Zawiyah@ Kak Nor dari Pantai Timur yang menyampaikan Slot Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan.

Barisan pemimpin dan peserta bergambar kenangan


Selain itu beberapa pemimpin dan fasilitator tempatan juga turut hadir dan bertungkus lumus menjayakan PBC. Antaranya PL Mohd Sidek dan beberapa orang lagi.


Ends.....

Wednesday, April 29, 2009

PBC PENANG TERUS CEMERLANG

Kerjasama dan semangat juang yang tinggi di kalangan pemimpin KPU menyebabkan PBC yang berlangsung pada kali ini di Hotel Nashmir, Juru Pulau Pinang mencapai kejayaan yang membanggakan.


Sebahagian peserta PBC di Hotel Nashmir


PBC yang berlangsung selama 2 hari pada 25 dan 26 APRIl 2009 dihadiri seramai 87 peserta.Suntikan semangat dan motivasi yang diberikan oleh pemimpin berjaya menjadikan Pulau Pinang antara penyumbang utama kepada peningkatan jualan HPA di Zon Utara.


Menurut Pengarah PBC, PJS Aseniah Badri, PBC pada kali ini mendapat komitmen yang baik dari semua PJS KPU Pulau Pinang. Antara mereka yang hadir menyampaikan slot ialah,
PJS Shamsuri Muat (Kenali Syarikat), PJS Abdul Jalil Zainol (Gerak Kerja 6M), PJS Mohd Aseri Hanapiah (Plan Pemasaran), PJS Aseniah Badri (Diangos Melalui Saraf Tapak Tangan), PJS Sabri Ahmad (Halal dan Haram dan Produk Pilihan).

Barisan pemimpin dan fasilitator PBC Nashmir


Selain itu, PBC pada kali ini turut dibantu oleh barisan kepimpinan baru terdiri daripada PJ Jumale dan PJ Mohd Sheikh. Hadir sama menyuntik semangat juang kepada peserta ialah PJS Syed Ageel Syed Mahayaddin. Hadir sama membantu ialah pemimpin-pemimpin lain yang bertindak sebagai fasilitator.


Ends......

Tuesday, April 28, 2009

JADUAL PBC KPU MEI 2009

01 - 02 MEI 2009
Taman Siswa, Bandar Darul Aman Jitra, Kedah

09-10 MEI 2009
- Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Seberang Perai Utara
- Bukit Jawi Resort, Bukit Mertajam
- Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis
- Hotel SP Inn, Sungai Petani

16-17 MEI 2009
- Hotel Nashmir, Juru
- Hotel Seri Malaysia, Taiping

22 - 23 MEI 2009
- Hotel SP Inn, Sungai Petani
- Hotel Regency Alor Setar, Kedah

23-24 MEI 2009
- Kulim Inn, Kulim
- Naza Hotel, Pulau Pinang
- TS Hotel (Scientex) Pasir Gudang, Johor

Ends....

PROGRAM KEPIMPINAN KPU

Kelab pemimpin Utara (KPU) sekali lagi meneruskan program kepimpinannya yang akan berlangsung pada 03 MEI 2009 (Ahad)  di Hotel SP Inn Sungai Petani. bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program ini terbuka kepada semua peserta GEN-1 hingga GEN-6 yang telah melalui kursus kepimpinan dan pemantapan yang diadakan dulu. Antara tentatif pengisian program adalah seperti berikut:

1.  Kupasan dan Perincian MLM (Syariah) HPA
2.  Bahaya Bahan Kimia Dalam Pemakanan oleh Dr Afidah Abd Rahim.
3.  Taklimat Zakat Perniagaan oleh Ustaz Ku Mat Ali
4.  Diskusi Buku Jutawan MLM - 7 orang pendiskusi PJS dari KPU.

Penyertaan program ini adalah secara PERCUMA. Selain itu ada kaunter jualan buku dan bahan-bahan ilmu dari HPA disediakan. Buku berjodol JUTAWAN MLM dijual dengan harga RM17.00 sahaja.

Peserta yang hadir hendaklah memakai blazer dan berkasut serta kemas. Bagi peserta muslimat pula hendaklah menutup aurat, memakai stokin dan mematuhi etika berpakaian yang disyariatkan oleh Islam. Maklumat kanjut sila hubungi PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali di talian 012-4269003.


Ends.....

Friday, April 24, 2009

PERINGATAN DARI GM : KECURANGAN DALAM PENUKARAN PENAJAAN

Hal ini perlu di ambil perhatian serius oleh seluruh warga HPA Malaysia. HQ hanya membenarkan penukaran penaja pengedar yang tidak aktif dari tahun 2003 kebawah. Namun kita mendapati ada usaha "matlamat menghalalkan cara" yang akan merosakan imej MLM Syariah. 

Antara tektik licik yang dilakukan adalah memindahkan nama sesaorang kepada waris dengan alasan tidak mau aktif. Suka saya ingatkan disini tindakan ini akan merosakan imej MLM HPA.

Mulai sekarang penukaran penaja pada warith hanya boleh di lakukan sekiranya ada lampiran surat kematian.

Wasalam 


Ends......sumber blog GM HPA

Tuesday, April 21, 2009

HPA AKAN KELUARKAN LAMPIN PAKAI BUANG

InsyaAllah tidak lama lagi HPA akan mengeluarkan lampin pakai buang (diapers) untuk anak-anak dan juga tuala untuk wanita.

Dijangka produk ini akan mendapat pemintaan yang luas dipasaran memandangkan ramai dikalangan anak-anak ahli yang memerlukanya.

Kini keahliah HPA telah melebihi 500 ribu orang dan dijangka kita tidak akan menghadapi masalah pasaran jika ahli-ahli berbelanja dengan kita.Ini adalah usaha mencukupkan 500 jenis produk di pasaran MLM HPA.

Ends......sumber blog PU HPA

KPU TERUS GEGARKAN PBC PASIR GUDANG

KPU meneruskan perjuangannya di bumi Johor apabila berjaya menghadirkan seramai 110 peserta ke PBC yang diadakan di TS Hotel (Scientex), Pasir Gudang pada 18 dan 19 APRIL yang lalu.

Suasana PBC di TS Hotel, Pasir Gudang


Menurut Pengarah PBC, PJ Rahmah Rahmat, PBC kali ini antara yang paling meriah dan mendatangkan kesan yang mendalam kepada para peserta. Kehadiran ramai PJS dari KPU dan KPA memberikan satu suntikan baru ke arah kecemerlangan HPA di selatan tanah air. HPA bakal bangkit di Pasir Gudang memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dari pemimpin dan pengedar.

PJE Fauzani Ismail sedang mengadakan demo produk(atas) dan PJM Rosmandi sedang menyampaikan motivasi niaga (bawah)


Antara PJS yang hadir menyampaikan slot dan memberi motivasi niaga ialah PJM Ismail Othman, PJM Mohd Nadzri Ahmad, PJM Syed Salahuddin, PJM Rosmandi Ishak, PJM Siti Habibah Yusuf, PJI Syed Ageel, PJE Khalid Salim, PJE Harja, PJE Ustza Fauzi, PJE Fauzani Ismail dan PJ Siti Norhidayah (Bayu).


Pemimpin dan penggerak Komuniti HPA Pasir Gudang


Gabungan pemimpin dari KPU dan KPA memberikan satu impak yang cukup besar kepada kebangkitan ini. Semoga usaha murni ini akan berterusan bagi memastikan HPA akan terus cemerlang dan gemilang di bumi Johor.

Ends...

Lensa eKPU