Saturday, February 7, 2009

130 PESERTA HADIR KE PBC PASIR GUDANG

Sambutan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung selama dua hari mulai 7 dan 8 Februari 2009 di TS Hotel Pasir Gudang amat menggalakkan kerana dihadiri seramai 130 peserta.








Peserta-peserta sedang mendengar slot yang disampaikan oleh PJS


Ini merupakan satu perkembangan yang sungguh menggalakkan. Kebangkitan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa ini amat bertepatan dengan hasrat HPA yang menjadikan Johor Bharu sebagai bandar kedua HPA.



Antara peserta yang hadir,Catriona Ross dari Kelantan (Anak Kak Noor)








Barisan Pemimpin yang komited dalam perjuangan HPA


Menurut Pengarah PBC, PJ Puan Rahmah Rahmat, program yang berlangsung selama dua hari ini terbuka kepada semua ahli HPA dari seluruh negara, khususnya mereka yang tinggal di Johor. Ia akan diadakan berterusan pada setiap bulan.





Peserta sedang mendendangkan "Teman Sejati"


Hadir sama ialah beberapa PJS dari Utara, Tengah dan Pantai Timur. Antaranya PJS Kak Noor @ Zawiyah, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Noor Habibah, PJS Mahanis Hanin, PJS Abd Jalil Zainol, PJS Samsuri Muat, PJS Syed Ageel dan PJS Syed Salahuddin.


Tenaga Penggerak PBC Pasir Gudang (atas) dan Penasihat PBC, PJS Syed Ageel (bawah)

Selain itu beberapa fasilitor tempatan dipilih bagi menguruskan sesi perbengkelan kepada peserta.


Ends...

Wednesday, February 4, 2009

SYED AGEEL TEROKA HPA DI INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE (IIC)

PJS Syed Ageel meneruskan pembinaan jaringannya apabila berjaya mengadakan taklimat produk halal dan peluang perniagaan HPA kepada hampir 40 pelajar International Islamic College (IIC) di Kuala Lumpur pada 3 Feb 2009 yang lalu.



PJS Syed Ageel bersama tenaga penggerak HPA IIC



Program yang berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 11.3o malam berjaya membuka minda para pelajar terhadap kepentingan untuk berjuang memartabatkan produk halal. Selain itu, peluang meraih bonus lumayan yang disediakan oleh HPA, memberi satu tarikan kepada semua pelajar untuk menceburkan diri dalam perniagaan ini selepas tamat pengajian nanti.





Ends......................

Tuesday, February 3, 2009

HPA BUKA SATU LAGI RFC


Perasmian RFC Cawangan ke 2. Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah Darul Aman (Bangunan Stesen BAS Shahab Perdana). Pada 7hb Feb 2009, Jam 9.00 Pagi oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman.



Ends......

TERUSKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK GAZA

BAYANGKANLAH JIKA ANAK YANG MENANGIS INI ADALAH ANAK KITA.............

Penderitaan dan keperitan hidup penduduk Gaza akibat kekejaman rejim Zionis berterusan sehingga ke hari ini. Penduduk Gaza yang diganyang hebat oleh kuffar ini amat memerlukan bantuan dan sumbangan daripada saudara seIslam dari seluruh dunia.


Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mengambil tanggungjawab untuk mengumpul dana dan sumbangan dalam membantu meringankan penderitaan penduduk Gaza....Kutipan diadakan secara berterusan di semula lokasi Kelas Mingguan dan PBC Zon Utara. Sehingga kini kita telah berjaya mengumpul hampir RM7,000.


Oleh yang demikian, pohon kerjasama semua pemimpin dan PJS agar dapat melancarkan kutipan ini dalam setiap program HPA di semua lokasi. Sumbangan boleh diserahkan kepada PJS Ustaz Mohd Zahir Bin Ghazali......



Ends......

Sunday, February 1, 2009

PBC PENGKALAN HULU MAMPU LONJAKKAN JUALAN HPA

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung di Chalet Air Panas Pengkalan Hulu (Kroh), Perak dijangka mampu menjadi penyumbang kepada jualan syarikat dalam mencapai sasaran RM15 juta sebulan.

Peserta PBC sedang mendendangkan 'Teman Sejati'

Ustaz Zaidi sedangkan menyampaikan slot KOPI RADIX



Kursus selama dua hari yang berlangsung pada 31 Januari dan 01 Februari 2009 dihadiri seramai 60 peserta. Menurut Pengarah PBC, PJS Noreda Hamid, kehadiran sebegini adalah julung-julung kali berlaku di daerah ini. Kehadiran yang ramai seperti ini menandakan bahawa HPA bakal bertapak kukuh dan menguasai pasaran produk halal di daerah Hulu Perak.


Peserta muslimat


Peserta muslimin


Peserta dan fasilitator bergambar kenangan di akhir PBC


Kebanyakan peserta adalah dari kawasan Baling, Kroh dan Gerik. Dijangkakan untuk PBC akan datang kehadiran peserta akan bertambah sekali ganda lagi. Oleh yang demikian, semua peserta diharap dapat membuat pendaftaran awal bagi mengelakakn penyertaan di saat akhir ditolak.



Ends.....

JADUAL KELAS MINGGUAN KPU DI ZON UTARA

KELAS MINGGUAN HPA ANJURAN KELAB PEMIMPIN UTARA (KPU)

SETIAP AHAD
9.00 - 11.00 malam

1. PUSAT JUALAN KUALA KANGSAR - 012-5517029
2. HPA CAWANGAN DG.PETANI, AMANJAYA.
3. HPA CAWANGAN JITRA, BANDAR DARUL AMAN.


SETIAP ISNIN
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN ALOR SETAR, TANDOP
2. HPA CAWANGAN PARIT BUNTAR, TAMAN SINAR.
3. HPA CAWANGAN TAIPING. 05-8912717

3.00 - 5.00 PETANG
HPA CAWANGAN GRIK..05-7912317


SETIAP SELASA
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN GUAR CEMPEDAK
2. HPA CAWANGAN KANGAR, TAMAN SENA INDAH.
3. HPA CAWANGAN KULIM, TAMAN NENAS
4. HPA CAWANGAN BALIK PULAU, TMN SERI INDAH

SETIAP RABU
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN BALING
2. HPA CAWANGAN BKT MERTAJAM

5.00 - 6.30 petang
HPA CAWANGAN SIK, BANGUNAN KOPERASI.


SETIAP KHAMIS
9.00 - 11.00 malam

HPA CAWANGAN BAYAN BARU, SUNWAY TUNAS

5.00 - 7.00 malam
HPA CAWANGAN KUALA NERANG

SETIAP JUMAAT
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN PENDANG
2. HPA CAWANGAN KEPALA BATAS, DEPAN PGR

SETIAP SABTU
5.00 - 6.30 petang

HPA CAWANGAN LANGKAWI.


Edns.....

LEPASAN PBC PULAU PINANG DIBERI SEMANGAT BARU

Kerjasama dan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh beberapa PJS telah berjaya menghimpunkan kembali beberapa peserta lepasn PBC sekitar Pulau Pinang untuk diberi suntikan semula.


Sebahagian peserta lepasan PBC yang hadir



Sejak wujudnya PBC, ramai lepasan kursus tersebut didapati kurang aktif. Ada yang tercicir dan akhirnya hanyut begitu sahaja. Yang berjaya menjadi usahawan dan memperoleh pendapatan lumayan dengan HPA tidaklah ramai sangat.


Barisan PJS yang menjayakan program tersebut


Atas kesedaran inilah, PJS Syed Ageel Syed Mahayadin bersama beberapa PJS yang berada sekitar Pulau Pinang mengambil langkah drastik menghimpunkan semula bekas-bekas lepasan PBC ini. Seramai 110 peserta lepasan PBC hadir di HPA Cawangan Bayan baru. Mereka diberikan suntikan semula mengenai Pelan Pemasaran, Kenali Produk dan Isu Halal Haram.



Ends...

Lensa eKPU