Wednesday, December 17, 2008

PUSAT JUALAN JITRA MULA BEROPERASI

Pusat Jualan Jitra (PJJ) mula beroperasi sepenuhnya mulai 15 Disember yang lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Besar HPA, Faisol Abd Rahman. PJJ ini terletak di No 613, Taman Tengku Maheran, Fasa 1, Jitra Kedah.



Bangunan Pusat Jualan Jitra tersergam indah

Pasangan suami isteri yang gigih


Suasana di kaunter PJJ



Pusat Jualan milik PJS Ustazah Siham dan PJS Mohd Zamri Abu Bakar yang bermodalkan mudal pusingan RM200 ribu berupaya menampung keperluan barangan HPA di Bandar Jitra dan kawasan sekitarnya.

Sahabat handai yang memberi sokongan





Sebahagian tetamu yang hadir

Pertambahan keahlian yang semakin mendadak, memberi ruang dan peluang kepada Pusat Jualan ini mengorak langkah dengan lebih jauh lagi.





Hadir sama dalam majlis itu ialah beberapa pemimpin HPA dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Antaranya PJS Sharifah Sulaiman, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Normah Zainol, PJS Azizan Ahmad, PJS Zaharah Mat Zain, PJS Jamaliah Omar, PJS Mohd Zaidi Abu Hassan dan beberapa pemimpin setempat.

Seramai hampir 300 tetamu hadir memeriahkan majlis pembukaan tersebut. Tetamu dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari. Jamuan bermula dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam.



Ends.....

PERLANTIKAN PJS BARU DARI KPU

Tahniah kepada PJS yang baru dilantik. Sukacita dimaklumkan bahawa HPA telah menerima dan meluluskan cadangan daripada Tribunal KPU untuk meluluskan perlantikan Pengarah Jati Setia (PJS) baru seperti berikut :

1. PJS Mohd Zaidi Bin Abu Hasan (Pendang)
2. PJS Mohd Zaidi Bin Ghazali (Sungai Petani)
3. PJS Mohd Zamri Abu Bakar ( Kulim)

Semoga mereka dapat memberi komitmen yang lebih cemerlang kepada HPA dan KPU.

Ends......

Monday, December 15, 2008

PEMIMPIN BARU KENDALIKAN PBC DI KULIM

Seramai 60 peserta hadir ke Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan di Kulim Inn pada 13 dan 14 Disember baru-baru ini.

Pemimpin dan peserta lelaki di PBC Kulim


Menurut Pengarah PBC, PJS Zainudin Abdul, beberapa pemimpin baru telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan slot masing-masing. Antaranya PJ Harryzan Yaakob menyampaikan slot Kenali Syarikat, PJS Zainuddin Abdul slot Pelan Pemasaran, PJ Nailulmuna slot 6M, Produk Halal, PJS Ustaz Mohd Ali, Kopi Radix oleh PJS Ustaz Mohd Zamri Abu Bakar dan PJ Mohd Azudin mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Pemimpin dan peserta muslimat di PBC Kulim



Walau bagaimanapun slot Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan, disampaikan sendiri oleh perawat yang tidak asing lagi di utara, PJS Sharifah Sulaiman.

PBC kali ini merupakan pengalaman baru kepada bakal-bakal pemimpin yang akan meneruskan perjuangan menerajui PBC di Kulim.

Ends.....

Sunday, December 14, 2008

DUA SELEBRITI HADIR PBC PASIR GUDANG

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 13 dan 14 Disember di Hotel TS Taman Scientek, Pasir Gudang Johor, mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 85 peserta telah hadir.



Pengurus Besar HPA dan barisan PJS bergambar dengan Suhaimi dan Ina.


Barisan Penggerak HPA Pasir Gudang bersama Pengurus Besar.

Blogger bersama Suhaimi


Beberapa pemimpin telah hadir menyampaikan slot masing-masing. Antaranya PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Habibah, PJS Syed Ageel Al-Haddad dan PJS Syed Salahuddin Al-Haddad. Perasmian PBC kali ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar HPA, Mohd Faisol Abd Rahman.


Sebahagian penceramah dan fasilitator



Pengalaman pertama Suhaimi bersama HPA


Menurut Pengarah PBC, Pengarah Jati (PJ) Rahmah, program kali ini amat bermakna kerana dihadiri oleh dua orang selebriti (suami isteri), iaitu Ina Naim dan Suhaimi. Mereka adalah peserta baru yang bersama HPA memperjuangkan produk halal lagi baik. Selain itu, PBC pada kali ini juga turut dihadiri oleh beberapa pemimpin besar daripada syarikat-syarikat lain yang bertindak keluar dan berhijrah kepada HPA.



Sebahagian peserta PBC Muslimat



Suhaimi mendendangkan lagu AZ-ZAHRA melalui albumnya "KalamaK"


Suhaimi juga turut mendendangkan sebuah lagu dari album barunya berjudul AZ-ZAHRA. Ketika ditemui, Suhaimi dan Ina Naim melahirkan rasa syukur kerana bertemu dengan HPA dan memahami hasrat serta matlamat perjuangannya.



Peserta PBC khusyuk mendengar ceramah


Semoga lebih ramai lagi selebriti yang berjuang atas nama Islam akan sama-sama turut serta menyertai HPA dan dalam perjuangan memartabatkan produk yang halal lagi baik ini.

Ends.....

Thursday, December 11, 2008

RADIX KOKO YANG BERKHASIAT

Dalam tinjauan yang dilakukan, rata-rata pengguna barangan HPA menyatakan bahawa Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain. Menurut Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad, radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah.


Radix Koko dalam pek yang istimewa


Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Bagi penggemar Radix Koko, bahan utama yang digunakan iaitu Koko memang terkenal untuk afrodisiak (kesuburan), namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.



Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad

Semoga Radix Koko yang HPA perkenalkan ini memberi satu ruang dan peluang kepada penggemar koko untuk mendapatkan khasiat yang lebih di samping menambah tenaga dan meningkatkan tahap kesihatan anda. InsyaAllah.



Ends...

Sunday, December 7, 2008

Thursday, December 4, 2008

DELEGASI PEMIMPIN HPA DI BUMI KIWI

HPA menerusi anak syarikatnya, HPA Ilham Holidays telah berjaya mengadakan pakej lawatan ke New Zealand baru-baru ini. Seramai 50 peserta terbabit dalam lawatan ke negara kiwi ini. Mereka terdiri daripada Pengarah-pengarah Jati, Pegawai-pegawai Kanan HPA, ahli keluarga pemimpin dan juga pengedar-pengedar terpilih.


Sebahagian PJS KPU bergambar di Whakarewarewa Thermal Village


Masjid terbesar di Auckland



Abg Aziz yang menyediakan juadah sepnjang di NZ. Berasal dari Alor Setar, bersama keluarga berpindah ke NZ sudah 10 tahun, beliau juga pemandu pelancong


Sebahagian peserta adalah pemimpin-pemimpin yang telah menerima anugerah insentif HPA untuk lawatan ke negara-negara Asia Ocenia. Antara Pengarah Jati Setia (PJS) dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) yang turut serta ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Normah Zainol, PJS Sharifah Sulaiman, PJS Ahmad Suberi Murad, PJS Nor Hyzad, PJS Mohd Asri Hanapiah dan PJS Aseniah Badri.


PJS Mohd Nadzri Ahmad bersama isteri tercinta, PJS Norma Zainol

Antara panglima PJS yang turut serta


Kelihatan GM bersama kenalan baru di Auckland

Rombongan ini turut disertai Pengurus Besar Al-Wahida, Mohd Faisol Abd Rahman, Pengurus Besar M.I.S, Puan Rashidah Abd Rahim dan Pengurus Besar HPA Farm, Abdul Rashid Husin.


Sepanduk HPA di bumi New Zealand

Restoran Melayu milik Abang Aziz (sepupu PJS Mohd Nadzri) di Auckland

Lawatan selama 7 hari 6 malam ini banyak memberi manfaat kepada peserta-peserta. ia bukan sahaja memberi peluang untuk melihat dan menyaksikan keindahan negara orang, malah juga dapat melihat akan kehidupan dan kedudukan umat Islam di negara ocenia.

Ends.....

Lensa eKPU