Sunday, May 31, 2009
INDAHNYA MLM HPA YANG BERLANDASKAN SYARIAH
Saturday, May 30, 2009
PEMBAHARUAN INSURANS KENDERAAN BERMOTOR (KERETA/MOTORSIKAL)
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Koperasi Wahida HPA Berhad telah dilantik sebagai agen korporat bagi Takaful Malaysia Berhad dan menawarkan perkhidmatan pembaharuan insurans kenderaan bermotor (kereta/motorsikal).
Sehubungan dengan itu, semua Pengarah Jati Setia (PJS) dan PEMIMPIN serta AHLI-AHLI HPA disarankan supaya mengambil insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan Koperasi Wahida HPA Berhad. Bagi yang sudah tamat insurans kenderaan bermotor ( kereta) dan berminat untuk memohon insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan pihak Koperasi Wahida HPA Berhad boleh berbuat demikian bermula pada tarikh surat ini dikeluarkan.
Sila lampirkan bersama dokumen yang diperlukan iaitu:
1. Salinan Geran Kenderaan.
2. Sijil Insurans Lama / Cover Note.
Sebarang pertanyaan boleh melalui pegawai koperasi yang bertugas iaitu Encik Shamsul Azrin Bin Saaid di talian no: 04 -977 3813 /14/ 012 596 0607.
Oleh yang demikian, kerjasama dari semua amatlah dihargai.
Ends.....
PRA PBC IPOH BERJAYA SUNTIK SEMANGAT BARU
Maklumat terkini dan motivasi yang disampaikan menjadikan ahli-ahli yang hadir mendapat suntikan baru dalam memperjuangkan HPA khususnya di Bandaraya Ipoh. Hasil daripada program ini diharapkan HPA bakal bangun kembali menerajui kecemerlangan di Kawasan Tengah.
Program berlangsung selama 3 jam, bermula dari jam 9 malam dan berakhir jam 12 tengah malam. Serentak dengan itu juga diumumkan bahawa PBC untuk bulan JUN akan didakan pada 27 dan 28 JUN 2009 di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Peserta bolehlah mendaftar peserta mulai sekarang melalui cawangan, stokis dan pemimpin masing-masing.
Ends.....
PEMBAYARAN TIKET KONVEK 2009
PROGRAM PEMANTAPAN PBC JITRA MANTAP
Program ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman peserta PBC agar dapat menjadi usahawan HPA yang berjaya dan mampu membina jaringan sendiri. Selain itu ia juga dapat menyuntik semangat dan motivasi ke arah meningkatkan jualan di kalangan ahli HPA.
Hadir sama mengisi program ialah PJS Syed Ageel, PJ Ustaz Yusof Ahmad dan PJ Mohd Sidek. Program kali ini dihadiri hampir 50 peserta dan akan diadakan pada setiap bulan.
Ends......
Wednesday, May 27, 2009
JADUAL PBC KPU JUN 2009
Tuesday, May 26, 2009
HPA TERUS GEMPUR PASIR GUDANG
Menurut Pengarah PBC, PJ Rahmah Rahmat, PBC pada kali ini menampilkan gabungan mantap di kalangan PJS dari KPU dan KPA. Antara yang hadir mengisi slot ialah PJS Syed Ageel, PJS Syed Salahuddin, PJS Mohd Nadzri Ahmad. Selain itu beberapa PJS KPA turut hadir, antaranya PJS Siti habibah Yusof (KAK BIB), PJE Fauzani (Demo Produk), PJS Roslina Hashim dan PJE Khalid Salim (slot bersama pemimpin). PJ Ustaz Haji Mohd Fauzi dari Pasir Gudang bertindak sebagai moderator yang memainkan peranan menghidupkan majlis.
Kehadiran PJS dari dua kelab ini menjadikan PBC di pasir Gudang sentiasa mantap dan memenuhi kehendak dan impian setiap peserta. Komitmen dan kehadiran ramai PJS menjadikan HPA makin dikenali di Pasir Gudang, sekaligus membuka era baru dalam usaha memartabatkan HPA di selatan tanah air.
Ends.....
Monday, May 25, 2009
KOWAHIDA DIJANGKA KELUARKAN DIVIDEN 14%
Alhamdulillah. Dalam usia 2 tahun penubuhan, kami menjangkakan akan mengeluarkan 14% dividen kepada seluruh pelabur yang berakhir 30hb Jun 2008. Walaupun dunia menghadapi kegawatan ekonomi, namun kita berjaya mengambil jalan keluar dan menjayakan perniagaan berlandaskan syariah. Tahun lepas Kowahida hanya mengeluarkan 10% dividen sahaja.
Terbukti rancangan usahasama perniagaan projek kopi, ayam organik dan takaful yang di jalankan oleh Ko Wahida telah mencatatkan keuntungan dan sekali gus memberikan peluang kepada seluruh pelabur.
Justru itu saya berharap kepada seluruh warga HPA, untuk terus melabur dalam Ko Wahida. Saya juga berharap kepada para pengedar khususnya para PJS supaya berurusan dengan lebih aktif termasuk urusan insuran kereta peribadi.
Ends.....dari blog GM HPA (Sheikh Faisol)
MESYUARAT AGUNG KOWAHIDA ZON UTARA
Sehubungan dengan itu, Koperasi Wahida HPA Berhad menjemput semua anggota-anggota Koperasi yang layak untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Anggota yang layak untuk hadir adalah anggota yang telah menjelaskan yuran kemasukan anggota beserta minimum modal saham RM 200.00 mengikut Undang-undang kecil Koperasi Bahagian IV seksyen 10, 11, 12, dan 16 akta.
ALK yang bertanggungjawab bagi ZON UTARA ialah:
1-Mohd Faisol Abd Rahman
2-Azizan Ahmad
3-Rosli Abu Bakar
4-Fisal Ahmad Tajuddin
5- Abdul Ghani Bin Hussein
6- Ismail Bin Othman
7- Zamri Bin Othman
8- Rashidah Abd Rahim
9- Norbee Ramly
boleh menerima pendaftaran daripada anggota-anggota yang layak untuk hadir ke Mesyuarat Agung Kawasan tersebut mulai pada tarikh notis ini di keluarkan. Berikut merupakan butiran maklumat mengenai mesyuarat anggota bagi ZON UTARA:
Tarikh : 27 Mei 2009 (RABU)
Jam : 10.00 pagi – 12 tengah hari
Tempat : Dewan RFC Sungai Petani, Kedah
AGENDA MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2009
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
2.Membentang ringkasan draf akaun teraudit koperasi bagi tahun kewangan berakhir Disember 2008
3.Membentangkan belanjawan tahunan
4.Mengumumkan dividen bagi modal saham berakhir 30 Jun 2008
5.Membentangkan pindaan undang – undang kecil Koperasi Wahida HPA Berhad
6.Melantik perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke – 3
7.Membincangkan usul untuk di bawa ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke – 3
“ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
Ends.....
Sunday, May 24, 2009
PROGRAM KEPIMPINAN KPU
PROGRAM GEMA - KEPIMPINAN KPU
Wednesday, May 20, 2009
Teruskan Langkah Anda...!
KULIM, 19/5/2009 : Puan Sharifah Sulaiman, meskipun di dalam kesempitan waktu memenuhi pelbagai komitmen terutamanya sebagai perawat di klinik (Sungai Petani), beliau terus berjuang tanpa jemu dengan menyampaikan ilmu Perubatan Jawi di HPA Cawangan Kulim.
berita lanjut : http://kpukulim.radix2u.com
Tuesday, May 19, 2009
KPU ANJUR PBC DI KOMPLEKS HAJI KELANA JAYA
Kelab Pemimpin Utara (KPU) melebarkan sayapnya ke Lembah Kelang dengan menganjurkan Kursus PBC pada 06 dan 07 JUN 2009 di Kompleks Haji Kelana Jaya.
Menurut Pengarah Bersama PBC, PJS Syed Ageel dan PJS Zanbli, PBC pada kali ini terbuka kepada semua ahli HPA yang berminat tidak kira di mana sahaja dan dari mana-mana rangkaian. Yuran dikenakan sebanyak RM160 seorang.
HPA BELI 3 KILANG LAGI DI JEJAWI
Pembesaran kilang sos,kilang biskut dan produk dari daging ayam akan diberi keutamaan. Di samping ini dalam tempoh terdekat kita akan mengeluarkan rempah,kicap dan bihun untuk pasaran halal. InsyaAllah. HPA mula menjadi jenama pilihan utama kerana keyakinan pengguna dalam isu halal produk -produk keluarannya.
Ends....sumber dari blog PU
Program Mantap
PROGRAM PEMANTAPAN LEPASAN PESERTA PBC – MEI 2009
Hampir 50 peserta lepasan PBC Kulim telah dihimpunkan bersama di Kulim Inn, Kulim pada 16 Mei 2009 bersempena Hari Guru Se-Malaya… Bermula seawal jam 9 pagi, para penyampai slot telah melaksanakan tugas masing-masing dengan sempurna, alhamdulillah :
1. Perkembangan terkini Syarikat : PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali
2. Pelan Pemasaran (lanjutan) + LDK : PJS Cikgu Zainuddin
3. Skil Diagnosis Saraf Tapak Tangan : PJS Puan Sharifah Sulaiman
4. Taujihad : PJS Ustaz Sabri Ahmad
Jazakallah untuk semua penceramah, fasilitator & peserta yang telah menjayakan program.
sumber : http://kpukulim.radix2u.com
Monday, May 18, 2009
PBC NAZA SRI JERAI BUKA PELUANG KERJAYA KEPADA PEKERJA INDUSTRI
Suasana PBC di Naza Seri Jerai Gurun
Kegawatan ekonomi global banyak memberi kesedaran kepada pekerja-pekerja sektor awam dan swasta bahawa HPA merupakan satu-satunya platform terakhir yang mampu dijadikan wadah untuk memperjuangkan ekonomi ummah.
Dengan kekuatan syarikat dan kekuatan produk yang dihasilkan, ditambah dengan sistem MLM Syariah, HPA mampu menggamit ramai anak muda dan pekerja industri hadir bagi mencipta peluang bagi mengukuhkan perjalanan HPA.
Ends.......
TAIPING TERUS MEMBANGUN BERSAMA HPA
PJS yg telah menjayakan PBC kali ini ialah PJS Syed Agell, PJS Pn Normah , PJS Asnah Mustapa, PJS Cikgu Nadzri, PJS Asri Hanapiah , PJS Syarifah Sulaiman, PJS Ustazah Saliza dan suaminya, PJS yang turut hadir iaitu...PJS Kak Siham...Fasilitator pula iaitu..PJ ustaz Yusfee, PJ Mohd Irwan , PJ sazali, PJ Mohd Shahril , PJI Kharidah Khanun, PJ Hindon , PJ Hj Azizan, PJX Firdaus , PJ Siti Nazirah dan sahabatnya...
PJ Irwan dan PJS Asnah Mustapa menguruskan PBC Taiping
Nota : PBC akan diadakan pada bulan 7 , bulan 6 tiada disebabkan semua PJS KPU pergi mengerjakan umrah....kita gempur bulan 7 di TAIPING!!!!insyaAllah....
Ends.....sumber dari blog
http://pusatstokisdaerahbatukurau.blogspot.com/